Bagi memberikan pengalaman lebih luas kepada pengadil tempatan, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dengan kerjasama Persekutuan Bolasepak Vietnam (VFF) telah melantik dua orang Pengadil Elit Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) dari Malaysia untuk mengendalikan perlawanan kemuncak Liga Vietnam (V.League) 2019 pada 19 Oktober ini.
Dua orang pengadil dari kategori berkenaan iaitu Mohd Amirul Izwan Yaacob dan Suhaizi Shukri telah dipilih untuk mengendalikan dua daripada tujuh perlawanan pada hari terakhir saingan V.League pada tarikh tersebut.
FAM berkeyakinan tinggi terhadap kemampuan kedua-dua pengadil ini dan berharap agar Amirul dan Suhaizi dapat mengendalikan kedua-dua perlawanan itu dengan baik, sekali gus membalas kepercayaan yang telah diberikan oleh FAM dan VFF.
Diharap pengalaman yang diraih pengadil-pengadil ini akan dapat memberi manfaat dan membantu kepada pembangunan pengadil di negara ini.
Baca artikel menarik mengenai pengadil yang pernah kami siarkan sebelum ini.
Budak Tingkatan 2 Ini Lulus Lesen Tahap 3 Hierarki Pengadil Bola Sepak Jepun
Reaksi Positif Peminat Bola Sepak Terhadap Prestasi Pengadil Jepun Dalam Final Piala FA 2019