Barisan pengadil dari Malaysia mendapat pujian apabila mengendalikan perlawanan persahabatan antara Indonesia menentang Argentina baru-baru ini.
Baca Juga:
- Perlawanan Persahabatan: Argentina Tundukkan Indonesia 2-0
- Asnawi Mangkualam Kongsi Rahsia Berjaya Kawal Alejandro Garnacho
- Ini Sebab Lionel Messi Enggan Beraksi Menentang Indonesia
Perlawanan antara Indonesia dan Argentina yang berlangsung Isnin lalu telah dikendalikan oleh tiga pengadil dari Malaysia iaitu Muhammad Usaid Jamal sebagai pengadil utama, Mohd Mu’azi Zainal Abidin sebagai pembantu pengadil pertama dan Nadziran Eziz sebagai pembantu pengadil kedua.
Prestasi yang ditunjukkan oleh mereka bertiga rata-rata telah mendapat pujian dan sanjungan daripada penyokong bola sepak di Indonesia.
PENGADIL MALAYSIA TERUS MENDAPAT PUJIAN
▶️ Baca selanjutnya di https://t.co/sG13zVvy3S#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/MJJNSH6dth
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) June 21, 2023
“Muhammad Usaid telah menunjukkan satu prestasi yang cukup matang dalam perlawanan tersebut. Ia bukanlah satu tugas yang mudah memandangkan juara dunia dan gergasi Amerika Selatan itu memiliki beberapa pemain yang terbaik dan terhandal di dunia.
“Beliau pernah terlibat dalam tiga perlawanan antarabangsa termasuk semalam, selain Singapura menentang Vietnam di kejohanan Piala AFF pada penghujung tahun 2022 dan perlawanan persahabatan Indonesia menentang Palestin baru-baru ini,” dipetik dari kenyataan FAM.
Bagi Mohd Mu’azi yang kini berumur 36 tahun pula, beliau sudah memiliki pengalaman luas mengadili perlawanan tertinggi di FIFA dan AFC.
Beliau merupakan antara Penolong Pengadil yang konsisten dengan prestasinya. Beliau juga telah terlibat dengan kejohanan Asia Cup 2018 di UAE.
Manakala Nadziran Eziz merupakan seorang Penolong Pengadil yang sedang meningkat naik dan telah menunjukkan satu prestasi yang cemerlang di Liga Super Malaysia.
“Walaupun ada kalanya pengadil kita juga pernah melakukan kesilapan yang pernah dilakukan oleh pengadil-pengadil Piala Dunia FIFA dan ini merupakan adat permainan bola sepak.
“Ini tidak bermakna Pengadil dan Penolong Pengadil Malaysia tidak bertaraf antarabangsa, pegawai perlawanan ‘Man in Black’ dari Malaysia masih dipandang tinggi dan digeruni di peringkat Asia dan dunia.