Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer masih percaya bahawa dia adalah individu yang tepat dan paling layak untuk mengubah nasib Manchester United di Old Trafford.
Sekaligus membawa semula pasukan itu ke era kegemilangan mereka.
Solskjaer berada di bawah tekanan yang agak kuat setelah dua kekalahan berturut-turut di tangan Arsenal dan Istanbul Basaksehir.
United akan berkunjung ke Everton pada hari ini dan beberapa laporan media mendakwa kekalahan akan membuatkan pengurus itu hilang jawatannya.
Namun Solskjaer menepis laporan seperti itu. Beliau malah mempertahankan hujahnya bahawa dia adalah orang yang paling tepat menjadi pengurus Manchester United.
“Jika saya tidak mempercayai kepercayaan dan nilai saya sendiri, siapa lagi yang akan melakukannya?” kata beliau merujuk kepada usahanya di Man United selama ini.
Solskjaer: "If I don't trust my belief and values, and my staff’s quality and players' quality, who else should? I don't look at one or two results and fall like a house of cards." 🤷♂️ pic.twitter.com/Kl2ciK1kcO
— GOAL (@goal) November 6, 2020
“Saya tidak melihat satu atau dua keputusan dan kemudian jatuh seperti rumah kad [terup].”
Soslkjaer mengatakan bahawa dia selalu mengadakan “dialog terbuka dan jujur” dengan kelab itu dan mengatakan bahawa pengurusan tertinggi dan beliau memiliki semangat berpasukan dan kepimpinan yang tinggi.
Solskjaer mengerti tentang harapan dan ekspektasi setiap orang kepada mereka yang berada di Man United, sama ada kepada pengurus dan pemain.
“Ada tuntutan yang kuat terhadap pemain, jurulatih dan pengurus Man United. Ada harapan yang tinggi terhadap kami. Kita harus bersikap kental dari segi mental.”
'I'm a believer' Solskjaer on his players pic.twitter.com/jdH7wYuF6B
— BeanymanSports (@BeanymanSports) November 6, 2020
“Kami adalah kelab terbaik dan terbesar di dunia. [Selepas perlawanan UCL menentang Basaksehir] kami tidak menjangkakan perkara lain kecuali kritikan. Ini adalah bagaimana kamu menghadapinya.”
“Para pemain kami sudah bersedia untuk bertindak balas. Kami semua terluka. Tidak pernah mudah apabila anda kalah dua perlawanan – tetapi itulah bola sepak.”
“Selalu ada tekanan dan harapan ke atas kami,” tambah bekas penyerang United itu.
“Saya telah membesar menjadi dewasa di Manchester United. Saya telah belajar bagaimana menghadapi masa yang baik dan buruk.”
“Setiap perlawanan bola sepak menjadi sejarah dengan cepat. Kami harus pergi ke Goodison Park dengan pemikiran yang positif.”
Baca juga perkembangan lain
10 Wonderkids Dalam FM Yang Benar Benar Berjaya Di Dunia Sebenar
UEL: Arsenal Bangkit Menang 4-1, Molde Tersumbat 2 Gol Ke Gawang Sendiri