Arsenal meraih mata penuh di tempat sendiri ketika melayan kunjungan Molde dalam Liga Europa.
Arsenal perlu bangkit setelah ketinggalan terlebih dahulu.
Kedua-dua pasukan tampil terbuka sejak awal perlawanan. Molde membuka tirai jaringan seawal minit ke-22 menerusi Martin Ellingsen.
GOAL! Arsenal 0-1 Molde FK (Ellingsen 22).
Follow #ARSMFK in the #UEL here 👇
— Sky Sports Football (@SkyFootball) November 5, 2020
Pemain berusia 25 tahun itu melepaskan rembata dengan kaki kiri dari jarak jauh yang gagal dihalang oleh Bernd Leno.
Ketinggalan satu gol di belakang, Arsenal terus segera memberikan respon untuk mencari gol penyamaan.
Nicolas Pepe menjaringkan gol minit ke-42, namun dibatalkan kerana ofsaid.
Arsenal akhirnya menyamakan kedudukan pada masa kecederaan separuh masa pertama. Ianya selepas Kristoffer Haugen tersilap menjangkakan hantaran Eddie Nketiah dan tertampan bola ke gawang sendiri.
Pada separuh masa kedua, Molde tersumbat gol ke gawang sendiri sekali lagi pada minit ke-62, seminit selepas Sead Kolasinac terlambung bola dalam keadaan pintu gol terbuka di hadapannya.
Sheriff Sinyan tertampan bola ke gawang sendiri untuk membolehkan tuan rumah mendahului 2-1.
GOAL! Arsenal 2-1 Molde FK (Sinyan OG 62).
Follow #ARSMFK in the #UEL here 👇
— Sky Sports Football (@SkyFootball) November 5, 2020
Molde kemudian hanya mampu menahan asakan Arsenal. Nicolas Pepe yang terlepas beberapa peluang gol akhirnya menjaringkan gol ketiga Arsenal pada minit ke-70.
Pasukan tuan rumah kembali menjaringkan gol keempat mereka pada minit ke-87.
Willock menyempurnakan hantaran Nicolas Pepe.
⚽ Joe Willock (aged 21 years, 77 days) is the youngest player to reach 5 European goals for @Arsenal since Theo Walcott (aged 20 years, 30 days) in April 2009 #UEL pic.twitter.com/4I3AhgCjxz
— Sky Sports Statto (@SkySportsStatto) November 5, 2020
Arsenal menang 4-1 dan memimpin carta kumpulan B dengan rekod kemenangan 100% selepas 3 perlawanan.
Arsenal 4-1 Molde FT:
⚽️ Ellingsen
⚽️ Haugen (OG)
⚽️ Sinyan (OG)
⚽️ Pépé
⚽️ WillockArsenal come from behind to make it three wins from three in this season's Europa League. pic.twitter.com/3DCt9Q431q
— Squawka Live (@Squawka_Live) November 5, 2020
Baca juga perkembangan lain
UEL: Hatrik Bintang Turki, Yazici Tamatkan Rekod Tanpa Kalah Milan Di San Siro
Arteta Bidas Keane Yang Kecam Aubameyang Biadap Kerana Memanggil Namanya