RB Leipzig berjaya mencipta sejarah gemilang mereka. Ini selepas mereka berjaya melayakkan diri buat pertama kali ke separuh akhir Liga Juara Juara Eropah.
Pemain gantian berusia 21 tahun, Tyler Adams ada malam untuk diingati buat selama lamanya di dalam hidupnya.
Beliau masuk dan kemudian menjaringkan gol kemenangan untuk pasukannya.
Dalam aksi yang berlangsung di Estadio Jose Avalade, Leipzig dua kali mendahului lawan mereka yang sebelum ini menewaskan juara bertahan, Liverpool.
🇩🇪 @RBLeipzig_EN reach the @ChampionsLeague semi-finals for the first time EVER!
📆 11 years
📈 4 promotions
🇩🇪 3rd in Bundesliga
🇪🇺 Into the CL last 4
🏆 2 games from glory👏 Incredible night for them. pic.twitter.com/BoKEk5wSkB
— SPORF (@Sporf) August 13, 2020
Kedua dua pasukan tampil dengan aksi yang terbuka pada separuh masa pertama. Namun ketumpulan di barisan hadapan menjadi masalah utama kedua dua pasukan.
Atletico Madrid bergelut dengan kreativiti dalam perlawanan ini.
Namun pada minit ke-50, Leipzig terlebih dahulu di hadapan menerusi Dani Olmo.
Tetapi gol itu dibalas balik oleh Atletico yang diberikan sepakan penalti selepas Joao Felix dijatuhkan.
Felix sendiri mengambil sepakan itu dan menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-71.
Atletico kemudian kelihatan bermain lebih baik dan Leipzig mulai tertekan dan agak bercelaru.
Nagelsmann memutuskan untuk memasukkan pemain muda dari Amerika Syarikat, Tyler Adams.
Dan pemain muda itu menjaringkan gol kemenangan lewat pasukannya pada minit ke-88.
Adams menerima bola di luar kotak penalti dan merembat deras. Bola terbias pada kaki Savic dan Oblak tidak mampu melakukan apa apa kerananya.
Ini adalah kali pertama Leipzig mara ke separuh akhir. Kelab yang ditubuhkan pada 11 tahun yang lalu itu mencipta sejarah bersama pengurus baharu mereka, Julian Nagelsmann yang baru berusia 33 tahun pada Julai lalu.
2009: RB Leipzig are founded
2020: RB Leipzig reach the UCL semi-finals
What were you doing at 11 years old? pic.twitter.com/NvRs3WTX0g
— Squawka Live (@Squawka_Live) August 13, 2020
Lawan Leipzig di separuh akhir adalah Paris St Germain (PSG) yang semalam menewaskan Atalanta.
Atletico Madrid terus kempunan gelaran UCL sekali lagi.
https://youtu.be/gcupUs3YUY0
Baca juga perkembangan lain
Griezmann Dah Beli PS4 Sebab Tahu Pasukannya Akan Ke Final UCL
UCL: PSG Singkirkan Atalanta Dengan Dramatik, 2 Gol Lewat Selepas Ketinggalan