Kejutan Atalanta di Liga Juara-Juara 2019/2020 terhenti di tangan PSG.
Mereka terpaksa menerima kekalahan yang sangat dramatik di tangan pasukan gergasi, PSG dalam aksi awal pagi tadi waktu Malaysia.
Skuad bimbingan Gian Piero Gasperini yang dikenali sebagai ‘giant killer’ – hampir melakar sejarah dengan melayakkan diri buat pertama kalinya di separuh akhir Liga Juara-Juara kerana masih unggul 1-0 hingga minit ke-90.
Tetapi kemudian, PSG dapat mengubah keadaan dalam tempoh masa kecederaan.
A stunning UCL debut from 🇮🇹 @Atalanta_BC, who gave so much to the competition 👏👏👏#UCL pic.twitter.com/HX5xFRHjm3
— UEFA Champions League (@ChampionsLeague) August 12, 2020
Bermain di Estadio do Sport Lisboa e Benfica, kedua-dua pasukan bermain secara terbuka dari minit pertama lagi. Sebenarnya, PSG mempunyai lebih banyak kawalan ke atas bola.
Tetapi Atalanta terbukti mempunyai serangan yang lebih berkesan. Kemuncaknya pada minit ke-26, La Dea sebenarnya menjaringkan gol pertama.
Ini selepas Mario Pasalic melakukan lencongan yang cantik. Separuh masa pertama berakhir dengan jaringan 1-0.
Separuh masa kedua, PSG menyerang dengan lebih agresif. Atalanta dikerah untuk bertahan dan berkampung di kawasan sendiri.
Thomas Tuchel yang melihat pasukannya kebuntuan telah memasukkan pemain yang baru cergas Kylian Mbappe.
Kemasukan Mbappe berjaya menambahkan kekuatan PSG. Kemuncaknya pada minit ke-90 minit, Marquinhos akhirnya menjaringkan gol penyamaan setelah memanfaatkan hantaran cantik Neymar.
Tidak lama kemudian, tepat pada minit ke-93, Neymar sekali lagi menjadi pencipta gol kedua PSG. Kali ini umpanan rendah beliau membebakan Mbappe masuk ke dalam kotak penalti.
Eric Maxim Choupo-Moting dengan mudah menjaringkan gol dan membantu PSG melayakkan diri ke separuh akhir Liga Juara-Juara.
Ini adalah peluang terbaik buat PSG untuk menamatkan penantian UCL mereka.
PSG menjadikan Liga Juara Juara Eropah sebagai keutamaan mereka dalam beberapa musim ini.
Neymar vs. Atalanta PSG
29 attempted final third passes [1st]
23 attempted take-ons [1st]
19 accurate final third passes [1st]
16 completed take-ons [1st]
9 fouls suffered [1st]
6 shots attempted [1st]
3 chances created [=1st]
2 shots on target [=1st]
pic.twitter.com/4C1iaUcS8C— Prophet Chijioke ⚪ (@ProphetChijioke) August 12, 2020
Apapun, Atalanta telah membuktikan mereka adalah pasukan yang wajar diberikan penghormatan dengan peningkatan ketara mereka di peringkat domestik dan kemudian di kempen UCL.
Mario Pasalic puts Atalanta ahead v PSG
Most goals in 2020 in Europe's top 5 Leagues (all comps)
7️⃣2️⃣ Bayern
6️⃣8️⃣ Man City
6️⃣5️⃣ ATALANTA
6️⃣5️⃣ PSG
6️⃣3️⃣ Man Utd pic.twitter.com/TvnpvW4AYZ— Sky Sports Statto (@SkySportsStatto) August 12, 2020
Baca juga perkembangan lain
UEL: Sevilla Singkir Wolves Selepas Jimenez Gagal Sempurnakan Penalti
Twitter Rasmi Heracles Almelo Umum Kedatangan Kai Havertz Dengan ‘Welkom Kai’
Analisis: Lukaku Penyerang Inter Paling Tajam Sejak Etoo, Dan Pecah Rekod Shearer