Romuelu Lukaku benar-benar tajam di hadapan gol dan membuktikan kualitinya pada musim debut bersama Inter.
Gol beliau sangat penting untuk Inter mengunci kemenangan mereka dalam aksi suku akhir.
Gol Lukaku menghantar Nerazzurri ke separuh akhir Liga Europa dan semakin hampir dengan trofi impian mereka.
Lukaku juga memainkan peranan langsung dalam gol pembukaan Inter yang dijaringkan oleh Nicolo Barela pada minit ke-15.
Lukaku turut menjaringkan gol kedua dalam perlawanan ini dengan gaya seorang target man sebenar, menggunakan fizikalnya untuk duel dengan pertahanan dan kemudian melepaskan percubaan ke arah gol.
Gol ke atas Leverkusen ini telah menambah koleksi Lukaku kepada 31 gol untuk Inter dalam semua pertandingan.
Jelas sekali ia rekod yang boleh tahan hebatnya untuk musim pertama.
Juga, dengan gol itu, beliau kini menjadi pemain pertama yang terus menjaringkan gol dalam sembilan perlawanan berturut-turut di Liga Europa atau Piala UEFA, memecahkan rentak gol lapan perlawanan Alan Shearer.
Romelu Lukaku’s run of 9 consecutive games in which he has scored is a new Europa League/UEFA Cup record, overtaking Alan Shearer who scored in 8 consecutive games in 04/05.
Thriving on the continent. 🔥 pic.twitter.com/4MpttZYZFv
— Statman Dave (@StatmanDave) August 10, 2020
Sebagai tambahan, Lukaku adalah pemain pertama yang terus menjaringkan gol dalam enam perlawanan Eropah berturut-turut untuk Inter.
Tercatat bahawa musim ini adalah musim terbaik Lukaku pada secara peribadi.
Dia telah melepasi 27 gol terbaiknya dalam satu musim dengan Manchester United pada musim 2017/18.
Lukaku juga menjadi penjaring gol di away terbanyak untuk Inter Milan dalam tempoh 70 tahun.
Dengan mencapai angka 30 gol, Lukaku juga merupakan pemain Inter pertama yang menjaringkan 30 gol dan ke atas setelah Samuel Eto’o pada musim 2010/11, ketika Inter memenangi treble.
Romelu Lukaku is the first Inter Milan player to score 30+ goals in a season since Samuel Eto'o in 2010-11 🤩 pic.twitter.com/RAT6EVW87B
— ESPN FC (@ESPNFC) August 5, 2020
Kini, dengan Lukaku, Inter berpeluang mengakhiri musim dengan manis. Mereka akan menentang Shakhtar Donetsk atau FC Basel di separuh akhir untuk melangkah ke perlawanan akhir.
Musim ini Inter selalu dekat. Mereka mara ke separuh akhir Coppa Italia dan hanya boleh menjadi naib juara di Serie A. Sekarang di Liga Europa, peluang untuk menjadi juara terbuka.
Baca juga perkembangan lain
Kesabaran Kunci Kemenangan, Dan Ole Turut Kritik Suka Menggentel
Juventus Tukar Perancangan Kerana Pirlo Mahukan ‘Pirlo’ Jadi Maestro Bukannya Jorginho