Romelu Lukaku dilaporkan mahu kembali semula ke kelab Inter Milan. Namun jika mahu berbuat begitu, Lukaku perlu bersedia untuk berkorban menerima pengurangan gajinya.
Laporan oleh Calciomercato menyatakan bahawa, Inter turut terbuka menerima kepulangan semula penjaring terbanyak sepanjang zaman pasukan kebangsaan Belgium itu.
Penyerang antarabangsa Belgium itu meninggalkan Inter Milan pada musim panas lalu secara mengejut. Ini selepas dia tiba tiba meminta untuk dijual ke Chelsea hanya selepas beberapa minggu dia menyatakan mahu terus kekal di Inter walaupun Antonio Conte sudah tidak bersama kelab itu.
Lukaku menjadi watak penting kejuaraan Seri A Inter Milan pada musim 2020/21. Di mana dia menjaringkan 64 gol dalam 95 penampilan untuk Nerazzurri.
Ianya sekaligus menamatkan kemarau kejuaraan Serie A buat Inter sejak 2010.
Peminat Inter ketika itu agak kecewa dengan Lukaku yang tiba tiba meminta dilepaskan ke Chelsea.
Sejak menyertai Chelsea dia gagal mengulangi semula prestasinya dalam skuad Thomas Tuchel. Dan mencetuska kontroversi dalam satu wawancara dengan mengkritik taktikal Tuchel menjadi punca dia gagal mendapatkan gol.
Lukaku malah menyatakan dia mahu pulang semula ke Inter Milan pada suatu hari nanti. Kenyataan yang membuatkan Tuchel serta penyokong Chelsea bengang.
Lukaku akhirnya meminta maaf. Namun selepas wawancara itu, Lukaku terus sukar mendapatkan prestasi terbaiknya. Tuchel malah menyatakan bahawa dia lebih sukakan Kai Havertz berbanding Lukaku kerana permainan dengan Havertz lebih laju.
Calciomercato melaporkan bahawa Simone Inzaghi terbuka untuk membawa pulang Romelu Lukaku. Namun Inter lebih memilih perjanjian pinjaman semusim diikuti dengan obligasi pembelian tetap.
Bukan itu sahaja, pemain berusia 28 tahun itu juga harus sedia mengurangkan gajinya yang sangat jauh bezanya dengan apa yang dia dapat di Inter sebelum ini.
Di Chelsea Lukaku menerima €7 juta semusim.
🚨 Romelu Lukaku will have to accept a wage cut of €7m-a-year to re-join Inter Milan this summer from Chelsea.
(Source: Calciomercato) pic.twitter.com/CxlRzMXNbC
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) April 25, 2022
Namun Inter Milan bukannya satu satunya kelab yang mahukan Lukaku. Kerana Spurs turut berminat dengan Lukaku kerana Antonio Conte.
Chelsea terbuka untuk mendengar tawaran untuk Lukaku daripada mana mana kelab.