Thomas Tuchel dilaporkan mahu menjual Lukaku pada jendela perpindahan akan datang hanya selepas semusim pemain itu menyertai semula Chelsea.
Tuchel merasakan bahawa Lukaku semakin merosot prestasinya dan tidak dapat diselamatkan lagi.
Keputusan Tuchel untuk tidak memasukkannya dari bangku simpanan pada aksi berdepan Everton – ketika pasukannya ketinggalan – telah menjadi tamparan hebat buat pemain termahal dalam sejarah kelab itu.
Kamera merakam detik Lukaku cuma termenung ketika Tuchel menggunakan pertukaran terakhirnya di Goodison Park.
Lukaku dibeli semula dengan nilai £100 juta ($136 juta) dari Inter Milan.
Walaupun memulakan kariernya dengan baik dalam beberapa perlawanan awal. Tetapi selepas itu Lukaku tidak menepati jangkaan Tuchel dan peminat.
Keadaan diburukkan lagi apabila Lukaku dengan terbuka mengutuk taktikal Tuchel sebagai sebab dia gagal mendapatkan banyak gol. Sambil menyalahkan pengurus itu tidak memberikannya lebih banyak waktu bermain.
Tuchel memberikan respon bahawa Lukaku masih belum cukup bersedia untuk bermain dengan sistem pasukan Chelsea. Tuchel kemudian mendenda Lukaku dan menggantungnya daripada beraksi kerana kenyatannya ke atas kelab Chelsea.
Lukaku meminta maaf secara terbuka kepada Tuchel, rakan rakannya serta kepada kelab. Dan berjanji akan memberikan yang terbaik.
Tuchel memberikan Lukaku peluang untuk membuktikan dirinya. Namun dia terus gagal untuk menunjukkan aksi terbaik. Sehinggakan Tuchel pernah berkata, dia lebih memilih Kai Havertz kerana pemain itu membuatkan permainan mereka lebih laju.
Seterusnya, Tuchel menjelaskan tentang pertukaran yang dibuatnya di Goodison Park di mana dia tidak memasukkan Lukaku.
Tuchel berkata: “Kita terpaksa mengeluarkan Jorgi [Jorginho] keluar dan saya cuma ada 3 pertukaran lagi.”
Tuchel kemudian tidak mengulas lebih lanjut lagi.
Lukaku sebelum ini menjadi nadi penting Inter Milan dalam kejuaraan Scudetto pada 2020/21.
Tetapi di Stamford Bridge musim ini, Lukaku gagal untuk menunjukkan aksi terbaiknya. Dia dibawa masuk untuk menggantikan Werner yang sebelum ini bergelut dengan prestasi. Tetapi dalam separuh kedua musim ini, Werner menunjukkan dia sudah banyak meningkat dan menyisihkan Lukaku.
Dalam sembilan penampilan terakhir Lukaku, hanya sekali dia bermain sebagai kesebelasan utama. Lukaku masih gagal menjaringkan gol dalam liga pada tahun ini.
Kali terakhir Lukaku bermain 90 minit adalah pada Februari, dalam aksi berdepan Crystal Palace. Di mana ketika itu dia dikritik oleh Tuchel selepas mencatatkan hanya 6 sentuhan atas padang. Statistik paling teruk dicatatkan pemain bukan penjaga gol.
Sejak hari itu, Kai Havertz menjadi pemain pilihan utama Tuchel untuk bermain posisi false 9. Havertz menjaringkan 8 gol dalam 12 perlawanan. Malangnya Havertz juga merosot prestasinya dalam beberapa perlawanan terakhir.
Havertz gagal mengawal emosinya berdepan dengan corak permainan fizikal dan provokatif Yerry Mina. Ramai yang merasakan bahawa Lukaku adalah pemain paling sesuai masuk kerana fizikalnya. Tetatpi itu tidak berlaku.
Dengan keadaan semasa, Lukaku berada dalam senarai untuk dijual. Pemain itu juga dikatakan berminat untuk kembali semula ke Inter. Namun Inter sudah memberitahu bahawa dia harus menerima pengurangan gaji dan hanya boleh mendapatkan Lukaku secara pinjaman dengan klausa pembelian tetap pada musim berikutnya.