Pertarungan sengit di antara Wolverhampton Wanderers dan Sevilla di suku akhir Liga Europa sarat dengan aksi menarik.
Pada akhirnya, Sevilla memperoleh kemenangan 1-0 dengan gol lewat dan akan bertemu kelab gergasi Liga Perdana Inggeris, Manchester United di separuh akhir Liga Europa.
Wolves sebenarnya memulakan perlawanan dengan sangat baik.
Malah skuad bimbingan Nuno Espirito Santo mempunyai peluang keemasan untuk menjaringkan gol.
Mana tidaknya, apabila mereka mendapat penalti setelah pemain pertahanan Sevilla, Diego Carlos menjatuhkan Adama Traore.
Malangnya, rembatan Raul Jimenez sebagai berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Sevilla, Yassine Bounou. Momen ini adalah titik yang menjadi penentu bagi Sevilla untuk mara.
Had it been penalty is so easy to score, Wolves might have qualified… One of the reason why Bruno Pernandes is a GOAT.pic.twitter.com/Mgg6ix7Sir
— Son of Adam 🔴 (@s_mofficial) August 11, 2020
Adama Traore antara pemain yang cemerlang dalam perlawanan ini. Beliau menjadi ancaman terbesar Sevilla.
Selepas berhempas pulas sepanjang malam, Sevilla akhirnya mencatat gol kemenangan pada minit ke-88 menerusi sumbangan Lucas Ocampos.
Di mana beliau memanfaatkan hantaran kemas daripada Ever Banega. Ocampos melakukan flick header yang cantik menewaskan Rui Patricio.
Jaringan itu terlalu lewat untuk dibalas oleh Wolves.
Kemenangan ini membolehkan Sevilla menempah slot separuh akhir berhadapan dengan Manchester United pada 17 Ogos akan datang.
Baca juga perkembangan lain
Kesabaran Kunci Kemenangan, Dan Ole Turut Kritik Suka Menggentel
Juventus Tukar Perancangan Kerana Pirlo Mahukan ‘Pirlo’ Jadi Maestro Bukannya Jorginho