Bintang Arsenal, Mesut Ozil mengkritik Arsenal tentang dua perkara. Pertamanya isu pemotongan gaji pemain dan kedua adalah isu berkaitan dengan Uighur.
Playmaker antarabangsa Jerman itu akhirnya membuka mulut tentang situasinya di Arsenal dalam satu temubual eksklusif bersama The Athletic, menyatakan beliau akan terus kekal di Arsenal sehingga kontraknya berakhir.
Ozil kemudian membidas Arsenal yang tidak menyokongnya ketika beliau bersuara secara peribadi tentang layanan China kepada etnik Uighur yang beragama Islam.
Ozil menegaskan bahawa, beliau adalah manusia yang sangat menekankan ekualiti dan kecewa apabila Arsenal mengeluarkan kenyataan tidak mahu dikaitkan dengan kenyataan Ozil yang dilabel Arsenal bersifat politikal.
Anehnya, Arsenal adalah kelab EPL paling lantang memperjuangkan kempen Black Lives Matter yang menurut Ozil mirip kepada apa yang beliau perjuangkan untuk etnik Uighur.
“Semua manusia itu sama. Tak kira kamu agama apa, warna kulit kamu apa, tak kira kamu Muslim, Kristian, Yahudi, hitam, putih dan apa sahaja. Kita semua ni sama.”
“Apa yang saya katakan dahulu bukan menentang orang China, tetapi ianya menentang mereka yang menindas Muslim Uighur. Dan orang lain tak membantu mereka sepertimana mereka membantu negara Islam yang lain.”
Ozil: "We saw George Floyd killed and the world spoke up to say Black Lives Matter, and that is correct. But I wish people would have done the same for the Muslims. It is important for the world to say that Muslim Lives Matter." https://t.co/W57HgdTpQm
— CaughtOffside (@caughtoffside) August 13, 2020
“Saya sudah banyak berjasa kepada Arsenal di dalam dan luar padang, jadi reaksi kelab sangat mengecewakan saya.”
“Mereka kata mereka tak nak terlibat dalam isu politik. Tetapi ini bukan politik, sebaliknya mereka terlibat dalam isu lain.”
“Di AS, kita melihat pembunuhan George Floyd dan dunia bersuara dengan Black Lives Matter, dan itu tindakan yang betul.”
“Kita semua sama sahaja, dan salah satu yang baiknya, semua orang menentang ketidakadilan. Ada ramai pemain berkulit hitam dan penyokong Arsenal yang berkulit hitam – mereka luar biasa dan kelab memberikan sokongan kepada mereka.”
“Tetapi saya berharap orang akan melakukan perkara serupa kepada Muslim kerana Arsenal ada ramai pemain dan penyokong Muslim. Sangat penting untuk dunia berkata Muslim Lives Matter.”
Seterusnya Ozil membidas cara Arsenal memotong gaji pemain ketika covid.
Ozil masih berkeras merasakan Arsenal mengendalikan situasi itu dengan teruk termasuk membuang 55 staf mereka baru baru ini.
“Sebagai pemain kita semua nak menyumbang. Namun kita perlu tahu lebih banyak informasi dan banyak persoalan yang tak dijawab.”
“Semua pemain ok saja dipotong gaji kerana ada banyak kesulitan. Saya pun ok untuk dipotong lebih besar daripada yang lain – jika itu perlu sehinggalan bola sepak kembali membaik.”
“Namun tiba tiba mereka mahu memotong gaji kami tanpa konsultansi yang lebih jelas.”
“Sesiapa sahaja dalam situasi ini, kamu wajib tahu segalanya. Nak faham kenapa ini berlaku dan ke mana wang ini akan pergi.”
“Tetapi kami tak diberikan butiran lebih jelas. Kami hanya diminta membuat keputusan. Ianya terlalu cepat untuk perkara sepenting ini. Dan tekanannya sangat tinggi.”
“Ini tak adil terutama sekali kepada para pemain muda. Dan saya menolak untuk bersetuju. Saya ada anak di rumah dan komitmen untuk keluarga di Jerman dan Turki. Badan kebajikan saya perlukan wang dan projek kebajikan baharu di London pun saya ada gerakkan.”
“Tetapi projek itu adalah lebih kepada hati ikhlas dan bukan untuk dihebahkan dengan publisiti.”
“Orang yang kenal saya, tahulah betapa pemurahnya saya untuk kebajikan. Setahu saya, ada pemain lain selain saya yang turut menolak pemotongan gaji.”
“Namun kenapa cuma nama saya yang keluar? Saya rasa ada pihak yang mencuba selama dua tahun ini nak menghancurkan nama saya, nak buat saya kecewa dan menghasut penyokong untuk menentang saya serta menggambarkan imej yang tak tepat.”
Ozil tak menolak kemungkinan bahawa tindakannya enggan dipotong gaji antara sebab dia tak dapat bermain lagi selepas itu.
“Ada kemungkinan itu mempengaruhi peluang saya bermain di atas padang. Entahlah! Tapi saya tak takut nak bersuara untuk perkara yang saya rasa betul.”