Barcelona akan berdepan dengan gergasi Jerman, Bayern Munich dalam suku akhir Liga Juara Juara Eropah.

Bintang Barcelona, Antoine Griezmann yakin bahawa pasukannya akan menjejakkan kaki ke pentas final Liga Juara Juara Eropah musim ini pada 23 Ogos di Lisbon.

Griezmann menyatakan, beliau malah sudah membeli Playstation baharu di Lisbon kerana tahu pasukannya akan tinggal lebih lama di sana.

Barcelona mara ke suku akhir selepas menewaskan Napoli dalam saingan 16 akhir.

Lawan mereka adalah Bayern yang menang 26 kali dan seri sekali dalam 27 perlawanan kompetitif terakhir mereka.

Bayern dianggap pasukan pilihan untuk menjuarai UCL musim ini. Namun Griezmann yakin Barcelona akan menewaskan Bayern.

“Saya sudah ada beg yang besar kerana bersedia untuk tinggal di Lisbon sehingga 23 Ogos ini. Saya malah dan beli PlayStation,” tegas Griezmann kepada laman rasmi kelabnya.

“Kami ada baki 3 perlawanan dalam UCL dan kami sudah memiliki segala kelengkapan untuk mencapainya. Semua pasukan berpeluang memenangi perlawanan dengan format satu perlawanan.”

“Kami sudah tak sabar untuk beraksi. Kami sudah bekerja secara taktikal dan kami sudah bersedia untuk bermain.”

“Kami tahu ianya akan menjadi perlawanan yang sukar. Namun kami tahu kami ada kualiti yang bagus untuk mara ke separuh akhir. Dan ianya akan menjadi perlawanan sengit.”

“Kami berharap dapat mengambil kesempatan dengan kualiti yang kami ada. Kami dalam keadaan terbaik ketika ini dan boleh bermain permainan yang bagus.”

“Kami harus bersatu, di depan dan di belakang, dan cuba memiliki penguasan bola sebanyak mungkin.”

Griezmann turut menyedari bahawa Bayern memiliki penggempur luar biasa iaitu Robert Lewandowski. Malah Griezmann turut menyebut Thomas Muller dan Serge Gnabry juga sangat bahaya.

Baca juga perkembangan lain

Jadon Sancho Gembira Di Dortmund

UEL: Sevilla Singkir Wolves Selepas Jimenez Gagal Sempurnakan Penalti

Kesabaran Kunci Kemenangan, Dan Ole Turut Kritik Suka Menggentel