Kapten Manchester United Harry Maguire akhirnya membuka cerita tentang berita bahawa beliau turut menjadi buruan Manchester City pada satu ketika dahulu.

Namun Maguire telah memilih untuk menyertai Manchester United pada 2019. Ada sebab kenapa Maguire menolak Pep Guardiola demi Manchester United.

Harry Maguire menyertai Manchester United dengan nilai perpindahan £80 juta dan menjadikan beliau bek tengah termahal di dunia.

Dalam sesi wawancara eksklusif dengan Gary Neville di The Overlap, Maguire secara terbuka menyatakan bahawa sejarah dan tradisi Manchester United membuatkan beliau lebih tertarik menyertai mereka berbanding dengan City.

“Kedua-dua kelab itu menarik dan saya telah bercakap dengan Manchester City dan Manchester United. Tetapi, saya harus mengatakan bahawa saya telah membensar dengan menyaksikan pasukan Manchester United.”

“Tetap menghormati Manchester City, tetapi saya dibesarkan lebih banyak menonton bola sepak Manchester United; Old Trafford; ikonik dan menjadi tarikan seluruh dunia, saya berada di salah satu kelab terbesar di dunia – jika bukan yang terbesar.”

“Jadi hati saya selalu berada untuk kelab ini,” tambah Harry Maguire.

Maguire memberitahu lebih lanjut tentang bagaimana beliau mulai berbincang dengan Jose Mourinho pada tahun 2018 setelah tampil cemerlang untuk England di Piala Dunia 2018.

Namun Maguire terpaksa menunggu setahun lagi kerana sudah berjanji akan terus kekal di Leicester.

“Saya bercakap dengan Pep dan jelas [saya menghormati] bola sepak yang mereka mainkan dan apa yang dia lakukan untuk kelab.”

Manchester United v Manchester City – Carabao Cup: Semi Final
MANCHESTER, ENGLAND – JANUARY 07: Ole Gunnar Solskjaer, Manager of Manchester United gives his team instructions as Pep Guardiola, Manager of Manchester City reacts during the Carabao Cup Semi Final match between Manchester United and Manchester City at Old Trafford on January 07, 2020 in Manchester, England. (Photo by Michael Steele/Getty Images)

“Saya sangat menghormati Pep dan evolusi yang telah dia bawa ke bola sepak, tetapi – seperti yang saya katakan – itulah [besarnya] Manchester United.”

“Hati saya ditentukan oleh betapa minatnya mereka kepada saya, ini memberi saya banyak keyakinan. Bagi mereka, mengikuti saya selama 12-15 bulan hanya menunjukkan seberapa banyak mereka percaya kepada saya dan seberapa banyak mereka percaya bahawa saya akan mampu menjadi sebahagian besar pasukan.”

Baca juga artikel

Stones: “Kami Sangat Inginkan Piala UCL”

Apa Itu UEFA Conference League (UECL) Yang Bakal Disertai Spurs

Guardiola: ‘Aguero Sertai Kelab Saya Cintai, Bermain Dengan Pemain Terbaik Sepanjang Zaman’