Pep Guardiola menitiskan air matanya ketika berbicara tentang Sergio Aguero. Legenda Manchester City itu sah meninggalkan kelab selepas sedekad kariernya bersama dengan mereka.

Aguero dilaporkan akan menyertai Barcelona pada musim hadapan. Dan perkara itu disahkan sendiri oleh Pep Guardiola yang menganggap Aguero akan bermain dengan kelab yang sentiasa ada dalam hatinya.

Aguero meninggalkan City dengan catatan indah sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman untuk kelab dengan 260 gol daripada 389 perlawanan.

Kontrak semasa Aguero berakhir pada akhir musim ini. Aguero pergi secara percuma ke Barcelona.

Bercakap kepada Match Of The Day, Guardiola berkata: “Mungkin saya membuka satu rahsia. Dia mungkin hampir setuju menyertai kelab yang saya cintai – Barcelona.”

“Dia akan bermain dengan pemain terbaik sepanjang zaman, Messi.”

“Saya sangat yakin dia akan menikmatinya. Dan mungkin Barcelona akan menjadi lebih kuat dan lebih kuat lagi dengan adanya dia di atas padang.”

3836

Aguero turut mengucapkan selamat tinggal kepada EPL dengan menjaringkan 2 gol pada perlawanan terakhirnya untuk membantu City menang ke atas Everton.

Guardiola menambah: “Sergio adalah pemain istimewa. Ianya perlawanan yang sempurna untuk detik ajaib. Jadi, bagus untuk dia.”

Manchester City sekali lagi dinobatkan sebagai juara EPL. Dan fokus mereka selepas ini adalah UCL.

Di mana Man City akan bertemu dengan Chelse dalam perlawanan akhir dalam usaha mereka menamatkan musim dengan treble dan juga menjulang kejuaraan sulung UCL.

Baca juga artikel

Ligue 1: Galtier Bimbing Lille Daripada Bertarung Penyingkiran Kepada Juara Yang Tamatkan Dominasi PSG

Slot UCL: Liverpool, Chelsea Lolos, Leicester Tersingkir Dengan Dramatik

Koeman Akui Masa Depannya Belum Tentu Selamat