Konflik antara pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) dengan Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor kembali berterusan apabila Tunku Ismail mahu Sanusi mendedahkan nama individu yang beliau gelar sebagai ‘tokong’ dalam bola sepak negara.

Sebelum ini, Sanusi mendakwa ada pihak yang seolah-olah “mengawal” selain memberi bonus sekiranya pasukannya menang ke atas Kedah Darul Aman dan berkata beliau juga tahu segala cerita yang berlaku.

Bagaimanapun, Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah itu enggan komen lebih lanjut mengenai cabaran TMJ itu kerana khuatir akan dilabel sebagai ‘derhaka’.

“Soalan itu tak usah tanya, provokasi..’no comment’.

“Nanti depa kata saya lawan raja pula, baru ini tak ada hujah depa update (tulis) kata lawan raja, derhaka…ini bola sepak derhaka apa, jadi (cukup) la,” katanya seperti dipetik dalam Berita Harian.

Dalam satu kenyataan di Instagram Story, TMJ berkata pasukan hebat seperti Kedah Darul Aman tidak perlu individu seperti Sanusi kerana beliau tidak mempunyai sebarang sumbangan terhadap bola sepak tanah air.

TMJ
Sumber Gambar: Instagram TMJ

“Sampai dua lagenda pasukan sendiri pun angkat kaki tak tahan dengan perangai halusinasi. Pasukan hebat seperti Kedah tak perlukan orang macam ni. Satu sumbangan terhadap bola sepak tanah air pun tiada. Tapi dia punya sembang,” tulis TMJ.

Isu berkenaan turut dikatakan menjadi punca JDT memanggil semula penyerangnya, Syafiq Ahmad yang dipinjamkan kepada pasukan Kedah Darul Aman FC untuk kembali ke pangkuan skuad Harimau Selatan.

Setakat ini penyerang yang berusia 26 tahun itu merekodkan dua jaringan dan tiga bantuan gol ketika bersama Kedah dalam saingan Liga Super musim ini.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia musim ini melalui pautan dibawah.

Liga Super: Tok Gajah Nyaris Leburkan Rekod Tanpa Kalah JDT

Sabah Pasukan Pertama Tempah Tiket Ke Suku Akhir Piala FA 2022

Syihan Hazmi Nafi Baca Mantera Depan Pintu Gol

Lebih 22,000 Penyokong Telah Hadir Menyaksikan Perlawanan Derbi Selatan Di Stadium Paroi