Isu antara penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Fernando Forestieri dan Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor nampaknya masih belum selesai dimana pemain import itu memuat naik satu gambar di laman media sosial Instagram Story miliknya baru-baru ini.
Baca Juga:
- JDT vs Kedah: Mudah Buat Harimau Selatan Lakar Kemenangan
- Sanusi vs TMJ: Kalau Saya Panggil Dia Lanun Bola Sepak, Apa Perasaan Dia?
- TMJ Minta Pemilik KDA FC Nasihati Sanusi Supaya Jaga Sikap
Forestieri memuat naik jersi Terengganu yang diletakkan di keretanya dengan menggunakan caption beliau dan “rakannya” menikmati aksi antara JDT menentang Kedah Darul Aman di Stadium Sultan Ibrahim dalam saingan Liga Super semalam.
— No Context Bola Malaysia (@nocontextbolamy) October 11, 2022
Ramai yang beranggapan Forestieri memerli Sanusi dimana sebelum perlawanan akhir Piala FA musim ini antara JDT menentang Terengganu, Sanusi Md Nor secara terbuka memberikan sokongan kepada Terengganu.
“Sudah tentu Terengganu. Sebab saya sokong Terengganu (adalah) isteri saya orang Terengganu, buat masa ini saya belum kahwin dengan orang Johor lagi. (Kalau Terengganu FC kalah) saya terima dengan berlapang dada, biasanya orang macam saya sentiasa menyokong pasukan yang dilihat ‘underdog’ dan (saya yakin) semua sokongan rakyat Malaysia akan pergi kepada Terengganu, kalau tak percaya, tunggu lah,” kata Sanusi.
Selepas JDT meraih kemenangan ke atas Terengganu, Fernando Forestieri tidak mengambil masa yang lama dimana beliau terus memuat naik gambar di laman media sosial miliknya dengan mengatakan kejuaraan Piala FA untuk “sahabatnya” iaitu Sanusi.
“Kemenangan ini untuk sahabat saya iaitu Muhammad Sanusi Md Nor. Terima kasih atas sokongan anda dan selamat menikmati piala yang telah dimenangi,” katanya.
Selain isu dengan Forestieri, Sanusi juga mempunyai isu dengan pemilik JDT iaitu Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar ibni Sultan Ibrahim (TMJ) dimana baru-baru ini Menteri Besar Kedah itu mengeluarkan kenyataan yang dianggap panas.
“Pemilik kelab JDT ini [merujuk kepada TMJ], kita tak boleh orang kata apa dekat dia, kalau dia kata dekat kita apa pun tak mengapa. Kalau orang kata dia lanun bola sepak, apa dia rasa? Dia kata saya badut, ‘clown’, pemecah bola sepak. Kalau saya nak kata anda lanun bola sepak, dia nak jawab apa. Soalan, apa perasan ‘u’ kalau ‘i’ kata ‘u’ lanun bola sepak? ”
“Saya menyatukan peminat bola sepak. Dalam satu kesatuan bola sepak untuk orang ramai. Padang yang sama luas, pemain yang sama banyak, pintu gol yang sama saiz, pemain yang sama ramai.