Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mengumumkan pemain pertahanan import mereka, Shane Lowry terpaksa berehat panjang akibat kecederaan patah siku ketika menentang Kedah Darul Aman (KDA FC) semalam.
Baca Juga:
- Kedah vs JDT: Harimau Selatan Catat Kemenangan Dengan 10 Pemain
- Kedah vs JDT: Sanusi Md Nor Ucap Tahniah Kepada Harimau Selatan
- Shane Lowry Tandatangani Kontrak Lanjutan Bersama JDT Sehingga 2023
- JDT Akan Tubuh Pasukan Futsal Mulai Tahun Depan
Menurut kenyataan rasmi Johor Southern Tigers, pemain dari Australia itu dijadualkan menjalani pembedahan hari ini dan bakal terlepas aksi Liga Super menentang Sri Pahang di Stadium Darul Makmur pada har jumaat (7 Oktober 2022).
“Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim mendoakan Shane Lowry agar segera sembuh ekoran patah siku akibat perlanggaran pada perlawanan menentang Kedah Darul Aman malam tadi.
“Beliau akan menjalani pembedahan di Johor Bahru hari ini. Doa dan ingatan kami sentiasa bersama anda, Shane. Semoga lekas sembuh!,” tulis kenyataan JST.
Bagaimanapun, ketiadaan Lowry tidak menjejaskan barisan pertahanan JDT kerana mereka masih mempunyai beberapa pemain berkualiti di posisi itu seperti Jordi Amat, Carli De Murga dan Shahrul Saad.
Johor Darul Ta'zim FC would like to wish Shane Lowry a speedy recovery following a broken elbow suffered from a collision in the match against Kedah Darul Aman last night. He will undergo surgery in Johor Bahru today.
Our thoughts and prayers are with you, Shane. Get well soon! pic.twitter.com/nZYjxMy3wj
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) October 5, 2022
Lowry yang menyertai JDT sejak musim lalu berjaya membantu Harimau Selatan mencatat kemenangan 3-1 ke atas KDA FC walaupun hanya sempat bermain selama 80 minit sebelum ditukarkan dengan Aidil Zafuan.
Biarpun beraksi dengan 10 orang pemain, ia tidak menghalang JDT untuk mempamerkan corak permainan yang lebih kemas di separuh masa kedua. Hasilnya mereka berjaya menjaringkan gol kedua menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Leandro Velazquez.
Skuad kendalian Aidil Sharin Sahak itu cuba bangkit mencari jaringan penyamaan namun JDT lebih berpengalaman dan beraksi cemerlang mengekang kemaraan jentera serangan tuan rumah.
Kesilapan yang dilakukan oleh barisan pertahanan Kedah yang gagal mengeluarkan bola dari kawasan bahaya membolehkan Harimau Selatan menambah gol ketiga menerusi rembatan Afiq Fazail selepas menerima hantaran daripada Arif Aiman.
Keputusan 3-1 kekal sehingga tamat perlawanan sekaligus memastikan JDT kekal di puncak Liga Super dengan rekod tanpa kalah selepas mengharungi 19 perlawanan setakat ini.