Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), hari ini telah mengumumkan lanjutan perjanjian bersama sehingga 31 Disember 2025 untuk Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) terus menjadi ‘Rumah Harimau Malaya’ bagi tempoh lima tahun yang akan datang.

Majlis menandatangani lanjutan perjanjian itu berlangsung di Stadium Nasional, KLSC, Bukit Jalil dengan FAM diwakili oleh presidennya, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin manakala PSM diwakili oleh pengerusinya, Tan Sri Tony Fernandes.

20210316_151311
FOTO: FAM

Malah, PSM merancang untuk melakukan kerja-kerja penukaran rumput dan akan mengambil tindakan untuk melaksanakan proses-proses yang terlibat terutamanya pengujian penanaman rumput bagi mengenal pasti rumput yang terbaik dan bersesuaian untuk ditanam di Stadium Nasional.

SNBJ kini menggunakan rumput jenis ‘Cow Grass’ (rumput lembu) dan pernah dikritik oleh ketua jurulatih UAE, Bert Van Marwijk ketika aksi Kelayakan Piala Dunia 2022 tahun lepas.

Difahamkan kos penukaran rumput ini adalah sebanyak RM10 juta termasuk penggunaan mesin yang dikhaskan untuk kerja-kerja menjaga rumput ini dan ia dijangka mengambil masa sehingga 9 bulan untuk siap sepenuhnya.

“Saya akui isu padang ini selalu menjadi bualan orang. Perkara ini saya bawa kepada kerajaan dan menjelaskan padang adalah paling penting. Kami akan pastikan padang berada dalam keadaan terbaik.

“Kita memerlukan bajet RM10juta dan akan bawa perkara ini dalam mesyuarat tertinggi PSM. Kita akan buka tender dan kemungkinan mengambil masa sehingga 3 bulan atau 9 bulan,” kata Pengerusi PSM, Tan Sri Tony Fernandes.

159444323_422283935511515_8534335805904832816_o
FOTO: FAM

Lebih menarik, mereka juga bercadang untuk membina Muzium Sukan yang turut melibatkan penyertaan pasukan Harimau Malaya di Stadium Nasional apabila keadaan wabak COVID-19 semakin baik nanti.

“Terdapat beberapa perancangan yang dibincangkan dengan pihak FAM seperti pembinaan muzium sukan dan sebagainya. Walau bagaimanapun ia masih di peringkat perbincangan dan memerlukan penilaian yang teliti supaya pelaksanaannya dapat memberi kesan positif kepada semua pihak,” jelas Tony Fernandes.

Kali terakhir skuad Harimau Malaya kendalian Tan Cheng Hoe beraksi di Stadium Nasional ialah pada 19 November 2019 ketika menewaskan Indonesia 2-0 pada perlawanan kelima Kumpulan G, Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 sebelum aksi berikutnya ditangguhkan berikutan pandemik COVID-19.

Bagaimanapun, baki 3 perlawanan bagi Kumpulan G itu akan diadakan secara berpusat di UAE. Skuad Harimau Malaya akan bertemu UAE pada 3 Jun, Vietnam pada 11 Jun dan Thailand pada 15 Jun 2021.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah.

Jumlah Tontonan Liga Super Malaysia LS3 Lebih 3 Juta, 2 Minggu Berturut-Turut Rekodkan Purata Lebih Setengah Juta

Pengadil Gagal Kesan Simulasi Pemain PJ City Digantung 2 Minggu, 3 Pemain Dirujuk Ke Jawatankuasa Tatatertib FAM

Statistik Ringkas Perlawanan Kedua Liga Super 2021

Aksi Bertenaga Izreen Izwandy Dapat Pujian Bojan Hodak

Penyokong Kuala Lumpur ‘Bengang’ Dengan Pengurusan Pasukan, #TAMKeterehOut Jadi Perhatian