Tamat saingan ke-3 Liga Super Malaysia 2021 beberapa hari yang lalu, namun keghairahan peminat bola sepak tempatan terhadap liga domestik nampaknya semakin hebat.
Perkara ini terbukti melalui jumlah bilangan tontonan atau views yang direkodkan untuk saingan LS3 sahaja berjaya melebihi angka 3 juta tontonan dan ini merupakan minggu kedua berturut-turut angka 3 juta ini berjaya direkodkan. Tahniah semua!
Secara puratanya pula, bagi setiap perlawanan Liga Super Malaysia 2021 turut berjaya mengekalkan angka melebihi setengah juta tontonan dan ini adalah satu petanda positif dalam sukan bola sepak di Malaysia khususnya.
Nota: Angka jumlah tontonan ini hanyalah dari platform Youtube unifi sahaja dan tidak termasuk tontonan dikaca televisyen serta platform lain yang menyiarkan perlawanan (jika ada).
Pecahan bilangan tontonan mengikut setiap perlawanan LS3 sehingga artikel ini ditulis adalah seperti dibawah;
- Penang bertemu Kedah: 719,394 tontonan
- Sabah bertemu PJ City: 310,982 tontonan
- UiTM bertemu JDT: 668,280 tontonan
- Selangor bertemu Kuala Lumpur: 366,630 tontonan
- Melaka United bertemu Sri Pahang: 303,283 tontonan
- Perak bertemu Terengganu: 649,338 tontonan
Jika diperhatikan, aksi yang baik pasukan Penang telah berjaya menarik jumlah tontonan yang paling tinggi untuk LS3 dengan 719,394 tontonan dan pertemuan Selangor dan Kuala Lumpur pula sekadar mampu mencatatkan 366,630 tontonan sedikit sahaja mengatasi perlawanan Sabah berdepan PJ City.
Minggu ini dalam aksi LS4, perlawanan yang ‘panas’ diantara JDT berdepan Selangor di Stadium Sultan Ibrahim dijangka akan menjadi tumpuan ramai peminat bola sepak tempatan dan lebih 1 juta tontonan di platform Youtube bakal dilakukan sekali lagi.
Terima kasih atas sokongan anda kepada bola sepak tempatan!
Teruskan membaca artikel lain yang telah kami sediakan melalui pautan dibawah.
Liridon Krasniqi Lakukan Debut Bersama Newcastle Jets Dalam Saingan A-League Musim 2021