Liridon Krasniqi, pemain naturalisasi Malaysia yang kini bersama Newcastle Jets FC dalam saingan A-League di Australia hari ini telah berjaya melakukan debut bersama kelab itu ketika bertemu Sydney FC.

Pemain yang beraksi secara pinjaman dari kelab JDT itu tampil dalam perlawanan tersebut pada minit ke 84, menggantikan Thurgate selepas Newcastle Jets bolos buat kali ke-2 dalam perlawanan itu.

Berikut adalah senarai kesebelasan utama Newcastle Jets untuk perlawanan hari ini.

Walaupun keputusan perlawanan tidak berpihak kepada Newcastle Jets, penampilan pertama Liridon Krasniqi itu adalah lebih utama untuk beliau mengutip pengalaman serta membina keyakinan untuk cuba beraksi dengan lebih baik.

Aksi perlawanan pertama beliau sekitar 10 minit itu nampaknya sudah dilihat amat baik baginya untuk berada dalam padang lebih lama dalam perlawanan seterusnya atau mungkin berada dalam senarai kesebelasan utama nanti.

aleague

Newcastle Jets tewas 1-2 kepada Sydney FC dan dengan keputusan itu juga menjadikan mereka kini menghuni tangga 11 dari 12 pasukan bertanding dalam saingan A-League musim 2021 selepas 11 perlawanan berlangsung.

Teruskan membaca artikel lain yang telah kami sediakan melalui pautan dibawah.

Nafuzi Zain: “Siapa Pun Yang Turun Bermain Perlu Ikut Perancangan, Sistem Dan Strategi Kita.”

Stadium Sultan Ibrahim Rangkul Anugerah ‘StadiumOfTheYear’ Undian Awam, Tempat Ke-5 Bagi Undian Juri Pakar Arkitek

JDT Catat Rekod Tontonan Melebihi 1 Juta, 3 Perlawanan MD2 Liga Super Raih Hampir 2.3 Juta ‘Views’