Pasukan Terengganu mencatatkan 2 kemenangan berturut-turut dengan keputusan sama 3-1 berdepan Selangor FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak semalam.

6 mata maksimum itu pastinya menjadi satu permulaan yang baik Terengganu FC dalam aksi Liga Super 2021 dan mereka kini berada dikedudukan ke-2 liga berkongsi mata dengan pasukan JDT.

Dalam sesi sidang media selepas perlawanan, ketua jurulatih pasukan Terengganu, Nafuzi Zain berkongsi mengenai beberapa perkara yang mungkin menarik untuk diketahui oleh penyokong Terengganu terutamanya.

3 Gol Terhasil, 2 Daripadanya Oleh Pemain Gantian

Menjawab soalan ini, Nafuzi Zain menjelaskan bahawa ia adalah disebabkan dari pertukaran taktikal yang dilakukan selepas mengenalpasti punca pada ketika ia dilakukan.

“(Ia berpunca) dari pertukaran taktikal. Kita melihat kesesuaian pertukaran pada ketika itu. Kita melihat pemain yang lebih bertenaga, ada speed dan power untuk bantu pertahanan dan dalam masa yang sama untuk attack pihak lawan. ”

157234916_1179280152502664_6168192827289334388_o

“Kita tahu apabila ketinggalan, pihak lawan akan lebihkan pemain untuk attack jadi disitu kita ada ruang untuk bertahan. Setakat ini percaturan alhamdulillah, berhasil.”

“Dari segi permainan dan bertahan, siapa sekalipun yang bermain saya percaya jika mengikut sistem dan taktikal cara kita main, InsyaAllah  kita akan dapat keputusan yang baik.”

Miliki Sistem Dan Strategi Tersendiri. “NafuziBall“?

Dalam sesi itu juga Nafuzi Zain turut menjelaskan bahawa pasukan Terengganu sebenarnya mempunyai adunan mereka yang tersendiri.

“Pasukan Terengganu ini kita sebenarnya bermain sebagai 1 unit, kita ada cara kita, kita ada sistem kita.”

“Jadi, siapa-siapa yang bermain (perlu) ikut apa yang kita rancang, sistem, cara dan strategi kita. Tidak kira pemain dari mana pun. Itu adalah faktor yang banyak membantu kejayaan pasukan setakat ini.”

159022485_1179280179169328_4446061495419373858_o

“Majoriti (pemain) Terengganu adalah pemain muda. Apapun pada saya, pemain muda atau berpengalaman yang bermain untuk saya, jika mengikut perancangan, sistem dan cara kita InsyaAllah kita boleh.”

“Mungkin kita tidak terlalu bergantung kepada individu, kita lebih kepada berpasukan. Tetapi jika pemain itu berkualiti, itu adalah advantage kepada pasukan.”

Adakah ini sistem yang banyak diperkatakan sebagai “NafuziBall“?

Perancangan Berdepan Pasukan Perak FC

Pasukan Terengganu akan berdepan pasukan Perak FC dalam perlawanan seterusnya pada hari Ahad nanti ditempat lawan bagi perlawanan ke-3 Liga Super Malaysia 2021.

Menyentuh mengenai perancangan, Nafuzi Zain menjelaskan bahawa beliau akan melihat kepada pemain-pemain yang available selepas recovery untuk melakukan perancangan berdepan Perak FC.

“Perak FC away, tough game.”

“Kita akan tengok pemain yang available dan betul-betul fit. Dari situ kita akan rancang macam mana untuk berdepan Perak FC. Main away dengan home ini berbeza.”

Mengulas mengenai 2 pemain import Terengganu iaitu David da Silva dan Chris Herd, Nafuzi tidak mahu tergesa-gesa untuk menurunkan mereka kerana beliau mahu kedua-dua pemain itu cergas sepenuhnya sebelum diturunkan dalam perlawanan sebenar.

“Saya rasa mungkin belum bersedia. Dalam 3-4 hari ni mungkin tak sempat. Saya mahu pastikan pemain 100% cergas dan boleh terus bermain.”

Teruskan membaca 3 artikel terpilih yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah ini.

6 Perlawanan MD1 Liga Super Malaysia 2021 Raih Hampir 2.5 Juta Tontonan Di Platform Youtube

Nafuzi Zain: Perlukan Lebih ‘Pace’ Serangan Dibahagian ‘Flank’, 2 Pertukaran Berjaya Stabilkan Kapten Carli de Murga.

Pengarah Teknikal Tidak Boleh Pegang 2 Peranan, Siapa Sebenarnya Ketua Jurulatih Selangor FC 2?