Kemenangan 2-1 di Stadium UiTM Shah Alam semalam, mungkin menjadi satu tonik penting bagi pasukan Terengganu FC untuk bersiap sedia menghadapi Selangor FC dalam perlawanan seterusnya.
Namun, dalam sesi sidang media sejurus selepas perlawanan, ketua jurulatih Terengganu FC memberikan beberapa penjelasan yang best mengenai situasi yang berlaku ketika perlawanan yang mungkin ingin diketahui oleh penyokong Terengganu sendiri.
“Terima kasih kepada pemain saya kerana mereka keep fighting hingga minit ke 90.”
“Saya tahu perlawanan pertama ini sangat sukar, apatah lagi kita bermain away game. Jika kita lihat diawal permainan pemain terlalu berhati-hati serta tidak mahu mengambil risiko.”
“Bola sepak ini kita kena take risk, buat apa yang kita rancangkan.”
Menjelaskan situasi pasukannya, Nafuzi menyatakan bahawa pada separuh masa pertama pemain-pemain mungkin sedikit tertekan dan morale down terutama apabila pihak lawan mendahului kedudukan serta kegagalan menyempurnakan sepakan penalti.
“Namun para pemain semua bangkit menunjukkan karakter masing-masing pada separuh masa kedua dan akhirnya berjaya menjaringkan 2 gol untuk membawa pulang 3 mata penuh dari Stadium UiTM Shah Alam.”
“Dari segi taktikal, kita tahu yang skuad kita mempunyai pemain muda yang ramai dan memiliki tahap penyesuaian yang baik dari pandangan saya sebagai jurulatih.”
“Dari sudut condition pemain, ini merupakan masalah untuk semua pasukan dimana pemain tidak 100% cergas, ada beberapa pemain mengalami kecederaan dan tidak dapat menyertai skuad.”
“David Da Silva pun baru minggu lepas menyertai latihan pasukan dan tidak cergas 100%. Banyak lagi pemain-pemain yang struggle dengan kecergasan. Walaupun ada perlawanan persahabatan tetapi tempo perlawanan sebenar ini amat berbeza.”
Perlukan Lebih Pace Ketika Serangan, Hakimi Dan Shahrul Nizam Dimasukkan
Nafuzi Zain juga menjelaskan bahawa dalam separuh masa pertama, dari perspektif possesion, Terengganu berjaya control game, cuma beliau memerlukan more pace ketika serangan terutamanya dibahagian flank kiri dan kanan.
“Sebab itulah saya melakukan 2 pertukaran memasukkan Hakimi dan Shahrul Nizam kerana kapten pasukan Carli de Murga dilihat dalam keadaan tidak stabil (untuk mengawal permainan).
“Ketika separuh masa pertama lagi saya sudah lihat dia (Carli de Murga) berada dalam keadaan diluar kebiasaan.”
Mengulas mengenai kemasukan Hakimi, Nafuzi Zain memberitahu bahawa semua perubahan taktikal ini sudah pun dilakukan dalam sesi latihan.
“Sesiapa yang masuk sekalipun kita sudah tahu apa kelebihan yang pemain miliki. Setiap pemain kebolehan dia tidak sama, jadi kita gunakan kelebihan mereka.”
“Bagi saya Hakimi ini masih muda dan masih memerlukan pengalaman. Untuk dapatkan pengalaman you need playing time. Jadi, setiap pemain akan dapat peluang.
“Hakimi ini ada speed, power dan tendangan yang padu tetapi masih banyak ruang untuk diperbaiki serta menimba pengalaman lebih lagi.”
“Bagi saya, pemain-pemain saya ini berkualiti dan ada potensi cuma perlukan lebih pendedahan untuk pengalaman.”
Hadiahkan Kemenangan Untuk Petrus Shitembi
“Mungkin untuk pemain-pemain baharu memerlukan lebih masa untuk memahami dari segi sistem dan taktikal. Semua itu ambil masa sikitlah, sebab pemain-pemain lama saya sendiri pun ambil masa sehingga 1 tahun lebih untuk betul-betul tahu apa yang kita mahukan.”
Mengakhir sesi, Nafuzi Zain menjelaskan bahawa kemenangan semalam ditujukan kepada Petrus Shitembi, dimana beliau sebenarnya kapten pasukan Terengganu tetapi kecederaan ACL menyebabkan pemain itu tersisih.
Teruskan membaca artikel lain yang telah kami sediakan melalui pautan dibawah.
Penyokong Kuala Lumpur ‘Bengang’ Dengan Pengurusan Pasukan, #TAMKeterehOut Jadi Perhatian
Penang FC Bermula Dengan Langkah Kanan, Atasi Kuala Lumpur City