Pengumuman perubahan nama dan logo pasukan Kuala Lumpur telah menjadi satu isu panas dikalangan penyokong setia mereka terutama menjelang sepak mula saingan Liga Malaysia musim 2021 ini.
Selain dari isu nama dan logo pasukan, penyokong pasukan Kuala Lumpur juga telah mula mempersoalkan kedudukan Tan Sri Annuar Musa selaku ‘The Patron’ pasukan yang mula dilihat memporak–perandakan pengurusan sehingga membuat keputusan yang tergesa-gesa.
Hello CEO @fusoSTAN, tolong suruh @AnnuarMusa berambus dari @klunitedfc sekarang!!!!#TAMKeterehOut
— CityBoys (@CityBoys12) March 4, 2021
CityBoys12 melalui akaun Twitter mereka jelas menyatakan pendirian bahawa mereka mahu CEO pasukan iaitu Stanley Bernard untuk ‘menghambat’ Tan Sri Annuar Musa sebelum banyak lagi perkara yang tidak digemari berlaku.
Maklum balas dari penyokong-penyokong dilaman sosial juga rata-rata memperlihatkan perasaan ‘bengang’ mereka dengan isu yang dianggap memalukan terutama berkaitan dengan logo.
Berikut adalah beberapa luahan hati penyokong pasukan Kuala Lumpur yang sempat kami dapatkan untuk gambaran lebih jelas.
Kahkahkah jadi menteri bodoh, ni kan pulak nak handle team @klunitedfc
Semakin bertambah kebodohan. Jenis manusia tamak! Semua kau nak kaut. Balerrrr #TAMKeterehOut #BuduCapKeterehIN
— Syed SameØn (@amiesameon) March 4, 2021
https://twitter.com/emirarif/status/1367541936748306434?s=20
Tanda pagar #TAMKeterehOut juga mula disebar dan digunakan untuk menzahirkan perasaan mereka terhadap Tan Sri Annuar yang membawa maksud mahu beliau disingkirkan dari pasukan Kuala Lumpur.
https://twitter.com/dhaoss/status/1367633098544844801?s=20
Ada juga yang menyatakan bahawa mereka mahu logo asal pasukan Kuala Lumpur seperti diatas dikekalkan kerana itu adalah identiti mereka sebenarnya – “Kekalkan Identiti, Biarkan Legasi.”
Saya mewakili @klwestside untuk brtanya kepada ceo @klunitedfc iaitu Tuan @fusoSTAN berkenaan fungsi dan tugas Annuar “The Patron” Musa dalam pasukan Kuala Lumpur. Sbb nampak serupa sendal pintu je @AnnuarMusa ni, takde guna. #TAMKeterehOut
— T59-Bangsar (@BangsarT59) March 4, 2021
Turut diluahkan juga, mereka tidak mempedulikan jika individu itu berpihak kepada mana-mana parti politik sekalipun, tetapi jangan cuba buat ‘semak’ dalam pasukan bola sepak serta menunjukkan kepandaian.
“Tapi kalau kau semak dalam team bola sepak dan ada geng yang cuba tunjuk pandai, jalan keluar jer sesuai dengan anda”
Tak Kisah Kau Orang UMNO Ke, Orang Satu Parti Ngan Parti Aku Ke, Kau Orang Lama Parti Ke..Tapi Kalau Kau Semak Dalam Team Bola Sepak Dan Ada Geng Yang Cuba Tunjuk Pandai, Jalan Keluar Jer Sesuai Dengan Anda
GET LOST #TAMKeterehOut pic.twitter.com/bPZY25hrTW
— R R 🇲🇾 (@mraafiz) March 4, 2021
MFL semalam secara rasmi mengumumkan pertukaran logo dan nama pasukan kepada Kuala Lumpur City FC dan ini adalah nama rasmi yang akan digunakan dalam aksi Liga Super 2021.
Malaysian Football League meluluskan pindaan nama dan logo pasukan Liga Super 2021, Kuala Lumpur United FC kepada Kuala Lumpur City FC.#LigaSuper2021 pic.twitter.com/7Wbm1Ec7JO
— Malaysian Football League (@MFL_MY) March 4, 2021
Dengan aksi Piala Sumbangsih 2021 yang akan berlangsung malam ini, penukaran logo dan nama pasukan disaat-saat akhir begitu amat sukar untuk diterima dan ramai yang melihat ianya adalah satu tindakan yang tidak sepatutnya berlaku selain dikhuatiri melibatkan pihak-pihak politik yang cuba menunggang pasukan.
Teruskan membaca artikel lain yang telah kami sediakan melalui pautan dibawah.
Apa Yang Penyokong Valencia CF Boleh ‘Expect’ Jika TMJ Muncul Sebagai Pemilik Kelab Yang Baharu?
Dalam Tempoh Kurang 2 Jam Dilancarkan, Jersi Away 2021 Selangor FC ‘SOLD OUT’ Begitu Sahaja