Sejurus pengadil perlawanan Kuala Lumpur City bertemu Selangor meniupkan wisel penamat aksi suku akhir ke-2 TM Piala Malaysia 2021, segelintir penyokong-penyokong tuan rumah telah memanjat pagar menceroboh padang untuk meraikan kemenangan layak ke separuh akhir.
Tindakan seperti ini jelas bakal mengundang padah kepada pasukan Kuala Lumpur City yang dijangka akan dihukum oleh MFL.
Saksikan video pitch invasion penyokong Kuala Lumpur City seperti dibawah.
Pitch invasion! pic.twitter.com/5fHOrhTO58
— bert (@modsya) November 18, 2021
Penyokong KL masuk padang! pic.twitter.com/IZZR4uxdzN
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) November 18, 2021
https://twitter.com/kingofsaka23/status/1461346862837895171?s=20
Beberapa penyokong Kuala Lumpur City yang menceroboh masuk juga dilihat memeluk pemain-pemain, pegawai serta ketua jurulatih mereka Bojan Hodak.
Tidak dapat dipastikan apakah bentuk hukuman yang bakal dikenakan, tetapi Kuala Lumpur City sudah boleh bersedia untuk berdepan dengan perkara itu.
Baca juga artikel-artikel lain yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah.