Skuad kebangsaan Vietnam semalam tewas tipis 0-1 kepada pasukan Jepun di Stadium My Dinh semalam dalam perlawanan ke-5 kelayakan akhir Piala Dunia zon Asia.
Walaupun keputusan perlawanan itu tidak memihak kepada skuad bimbingan Park Hang-seo itu, VFF telah bersetuju untuk “menabur” duit kepada pemain-pemain atas prestasi cemerlang yang dipamerkan.
Menurut laporan dari ZingNews hari ini, pemain-pemain akan menerima bonus kecemerlangan sebanyak VND500 juta atau RM92,500 atas usaha keras mereka mengekang penguasaan Jepun dan hanya membenarkan dibolosi 1 gol sahaja.
Habuan itu sebenarnya bukan sahaja atas prestasi bertemu Jepun tetapi VFF juga mahu para pemain terus bersemangat untuk bertemu pendahulu kumpulan B iaitu Arab Saudi yang baru sahaja seri berdepan Australia semalam di Sydney.
Artikel ZingNews itu juga ada menyebut bahawa Park Hang-seo mula merasakan tekanan dan stress.
“5 kali kalah menyebabkan saya rasa tertekan dan stres. Dalam bola sepak, hanya sekarang saya faham bagaimana susahnya untuk mendapatkan 1 mata. Disini, kita dapat lihat pasukan dalam kelayakan akhir Piala Dunia (zon Asia) adalah sangat kuat.”
Pasukan Vietnam kini menghuni kedudukan tercorot kumpulan tanpa tanpa sebarang mata dari 5 perlawanan, menjaringkan 4 gol dan bolos 11 gol.
Mereka juga merupakan pasukan tunggal yang masih belum mengutip mata dari semua 12 pasukan bersaing dalam pusingan akhir kelayakan Piala Dunia 2023 zon Asia.
Baca juga artikel-artikel lain yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah.
Modal Keras Menanti Ekor Harimau Malaya Ke Singapura, Kos VTL Sahaja Sekitar RM800 Seorang
Tonton Video Padang Stadium Santiago Bernabeu ‘Disimpan’ Seperti Parking Bertingkat Bawah Tanah.