Salah satu kelab ternama La Liga, Villarreal bakal menubuhkan sebuah akademi yang akan berpusat di ibu negara iaitu Kuala Lumpur.

Perkara ini diumumkan oleh pihak kelab dimana penubuhan akademi ini selaran dengan program akademi antarabangsa dibawah kelolaan kelab tersebut dan akademi yang akan dibangunkan ini memfokuskan peringkat umur antara 3 hingga 21 tahun.

Akademi tersebut boleh menempatkan seramai 400 pemain dan bakal dibantu oleh 20 jurulatih dan mengikut perancangan, program ini akan bermula pada bulan Ogos nanti.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Akademi Villarreal Malaysia, Massimo Giannelli, pihaknya nyata teruja dan tidak sabar untuk kedua-dua pihak bekerjasama.

“Kami berhasrat untuk menubuhkan Akademi Villarreal Malaysia dan menjadi program pembangunan bola sepak terbaik di negara ini. Misi kami adalah untuk menjadi yang terbaik dimana kami boleh menawarkan program ini kepada semua orang dan tanamkan dalam diri mereka rasa cinta permainan bola sepak.

“Saya ingin bekerjasama dengan pihak kelab yang mempunyai strategi jelas untuk pembangunan belia. Sebelum ini, saya telah mengadakan perbualan dengan beberapa kelab Eropah, tetapi sebaik sahaja kami bercakap dengan Villarreal, kami menyedari kami telah menemui yang betul rakan kongsi untuk peringkat pembangunan kami yang seterusnya,” kata Giannelli.

Villarreal
Villarreal memenangi UEFA Europa League (UEL) pada musim 2022/2021. Sumber Gambar: Eurosport

Jonathan Abishegam, pengarah urusan akademi percaya program ini akan menyediakan peluang hebat untuk pemain bola sepak muda di seluruh Malaysia.

“Kami mahu membawa kejayaan kelab ini di Sepanyol dan Eropah kepada Malaysia. Kami percaya bahawa metodologi yang akan kita pakai dan pengetahuan yang kami akan belajar daripada kelab ini digabungkan dengan kemudahan dan pasukan bimbingan yang berpengalaman akan mewujudkan satu peluang untuk pemain merasai tahap tertinggi yang akan memberi perbezaan kepada mereka.

“Program ini tujuannya adalah untuk dikongsi kepada orang ramai. Kami mahu memberikan peluang yang sama kepada lelaki dan perempuan dari semua latar belakang. Sama ada untuk pemain yang mencari rekreasi yang menyeronokkan sambil bermain dengan rakan-rakan mereka atau bakat muda yang bercita-cita tinggi yang bermimpi bermain bola sepak di Eropah, peluang ini akan disediakan di sini di Akademi Villarreal Malaysia,” katanya.

Selain Malaysia, kelan yang mempunyai gelaran Yellow Submarine ini juga telah menubuhkan akademi di negara seperti Amerika Syarikay, Kanada, Mexico, Bolivia, Israel, Australia dan Korea Selatan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia musim 2022 di sini:

Piala FA 2022: Diundi Bertemu JDT, Asri Jangka Aksi Sukar Buat Melaka

Perviz Qureshi Berikan Mesej Kepada “Haters” Anaknya

PSSI Teruskan Proses Naturalisasi Jordi Amat