Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim akhirnya boleh daftar Jordi Amat sebagai pemain import kuota ASEAN untuk saingan Liga Malaysia musim ini selepas Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) buat keputusan teruskan proses naturalisasi pemain tersebut.
Menurut kenyataan rasmi PSSI, ketua jurulatih skuad kebangsaan Indonesia, Shin Tae-yong telah memberi lampu hijau untuk lanjutkan proses tersebut kerana amat memerlukan khidmat bekas pemain Swansea itu bagi menghadapi kempen Piala Asia 2023.
“Shin Tae-yong telah menulis surat pada 30 Jun lalu untuk minta proses naturalisasi dilanjutkan. Kami sudah tentu mengikut arahan Ketum PSSI (Ketua Umum).
“Kerana naturalisasi 3 pemain senior termasuk Jordi adalah kemahuan Shin Tae-yong. PSSI akan menyokong semua kemahuan ketua jurulatih termasuk melakukan latihan pusat di mana pun,” kata kenyataan Setiausaha Agung PSSI, Yunus Nusi.
Vocket FC sebelum ini melaporkan sebahagian besar penyokong Indonesia melakukan protes dengan harapan PSSI membatalkan proses naturalisasi tersebut kerana tidak puas hati dengan tindakan Jordi Amat menyertai JDT.
Penyokong Indonesia Kecewa Jordi Amat Pilih Sertai JDThttps://t.co/3BLnhpKNEC
— VOCKET FC (@vocketfc) June 28, 2022
Mereka mahu Jordi terus melanjutkan karier bola sepaknya di eropah kerana menyifatkan taraf Liga Malaysia lebih rendah daripada Liga Thailand, Jepun atau Korea Selatan.
Ada juga yang menyokong penghijrahan Jordi Amat ke Liga Malaysia kerana berpeluang beraksi dalam saingan AFC Champions League (ACL). Ini kerana Liga Malaysia bakal dapat 2 slot automatik ke ACL 2024 berdasarkan kedudukan terkini ranking MA berbanding Indonesia yang hanya mempunyai slot play-off ACL.
Tambahan pula, JDT memerlukan khidmat Jordi Amat sebagai pengganti Mauricio Dos Santo di posisi pertahan.
“PSSI dan Shin Tae Yong berharap proses naturalisasi ini segera diselesaikan. Jordi diperlukan untum menambah kekuatan di bahagian pertahanan
“Selain itu, masih ada Sandy Walsh dan Shayne Pattinama yang juga masih dalam proses naturalisasi,’’ tamban Yunus.