Selepas TMJ memuat naik beberapa story dalam laman sosial Instagram semalam, ia telah menjadi satu topik perbualan hangat bukan sahaja di Malaysia, malahan turut menjadi perhatian ramai penyokong kelab Valencia CF sendiri di Sepanyol.
Dari pemerhatian dilaman sosial, penyokong Valencia CF sudah mula mencari siapakah sebenarnya TMJ yang juga pemilik pasukan JDT dari Malaysia ini untuk mendapatkan gambaran lebih jelas.
Mungkin sebelum ini tiada siapa yang peduli, tetapi selepas sehari perkara itu berlaku media-media besar Sepanyol sudah mula memberikan tumpuan kepada TMJ dan juga pencapaian JDT.
Teruskan membaca untuk melihat gambaran apa yang boleh dijangka akan berlaku sekiranya TMJ benar-benar muncul sebagai pemilik baharu Valencia CF. Dari apa yang kami tahu, sudah ada ‘movement‘ kearah perkara tersebut.
Pembersihan Total ‘Penumpang’ Dalam Kelab
Melihat kembali apa yang telah dilakukan ketika TMJ membina pasukan JDT, antara perkara awal yang dilaksanakan adalah ‘membersihkan’ pasukan dari para penumpang yang menjadi liabiliti kepada kelab.
Kewujudan mereka ini sebenarnya tidak menghasil sesuatu yang diperlukan oleh kelab selain turut menjadi punca kepada kegagalan untuk lebih maju kehadapan.
Pastinya, perkara yang sama mampu dilakukan di Valencia dan dengan pengalaman dan pengetahuan yang dimiliki serta rangkaian yang luas, penyokong Valencia boleh expect keputusan yang diperlukan untuk memulihkan kelab walaupun ia bukan satu keputusan yang popular.
1st Step: Clean the shit (@anilmurthy1903)
2nd Step: Clean the trash (Peter Lim)
3th Step: Write your history🦇— Vorisme CF (@Vorisme_) March 2, 2021
Tidak mustahil jika Valencia akan kembali hebat jika berada dibawah pentadbiran yang diketuai oleh TMJ.
Ketua Yang Berprinsip, Dekat Dengan Penyokong
Sebagai salah sebuah kelab yang berjaya di Sepanyol, Valencia dilihat memerlukan seorang pemimpin yang mampu untuk mengubah keadaan semasa demi masa depan kelab.
Memetik artikel yang diterbitkan oleh The New York Times pada awal Febuari 2021 yang lalu, bagi penyokong Valencia sendiri management style pemilik sekarang adalah sebahagian dari masalah yang dihadapi oleh kelab.
Sebagai contoh, ketika perlawanan akhir musim 2019 beliau dilihat berada di private box bersama David Beckham namun tidak turun memberikan ucapan tahniah kepada pemain-pemain di bilik persalinan.
TMJ sentiasa mengambil berat mengenai pemain dan selalu berjumpa mereka tidak kira dalam bilik persalinan, ketika sesi latihan malahan kerap kali mengadakan sesi barbeku bersama pemain-pemain dan keluarga.
Perkara seperti ini jelas mampu mengeratkan hubungan dalam sesebuah kelab, seterusnya menjadikan mereka lebih kuat sebagai sebuah pasukan didalam dan luar padang.
Dengan apa yang sudah dibina secara agresif sejak hampir 10 tahun lalu, TMJ sudah lebih faham dan jelas dengan apa yang dimahukan oleh penyokong sesebuah pasukan bola sepak dalam era terkini.
Generasi lebih muda dan memiliki passion dan ilmu dalam bola sepak lebih mudah untuk berasimilasi dengan keadaan dan persekitaran untuk mengemudi hala tuju kelab dengan lebih baik.
Inilah antara perbezaan yang ketara yang dimiliki oleh TMJ yang mungkin dinantikan oleh penyokong Valencia.
Inspirasi, Idea Dan Mencipta Sejarah Baharu Tersendiri
Selepas cerita pengambilalihan ini sememangnya mendapat reaksi amat baik dari penyokong-penyokong Valencia dan mereka mula melihat kembali sejarah JDT dibawah TMJ.
Idea dan pelaksanaan kelab JDT dari sebuah pasukan yang kecil sehingga mampu memberikan cabaran kepada kelab-kelab gergasi Asia yang sudah lama wujud menjadi inspirasi kepada penyokong-penyokong Valencia untuk mengecapi perkara yang sama di eropah.
“TMJ telah melakukan sesuatu dengan kelab bola sepak, dan sebenarnya beliau melakukannya dengan baik. Jika TMJ membawa idea yang sama, saya akan berpuas hati,” jelas penyokong Valencia di laman sosial.
Sudah semestinya perkara seperti ini hanya akan hadir apabila penyokong-penyokong Valencia mula nampak ‘kerja’ yang dilakukan serta sudah menerima trust atau kepercayaan untuk memacu hala tuju kelab seperti yang mereka impikan.
“Jika kamu menghormati kami (penyokong) dan kelab, kamu akan menerima sokongan penuh dari saya.”
Bawa Masuk ‘Orang Bola Sepak’ Untuk Pengurusan Tertinggi
Ini juga merupakan salah satu faktor penting yang berjaya memacu kelancaran perancangan kelab.
Dengan membawa masuk ‘orang bola sepak’ dalam pengurusan kelab, kapasiti individu itu berjaya digunakan secara maksimum untuk impak kepada pasukan baik dalam padang atau luar padang.
Semua perkara mampu dilakukan secara bersendirian dan disini kebijaksanaan untuk membawa orang yang tepat bagi sesuatu jawatan itu adalah amat kritikal supaya segala perancangan mampu memberikan hasil seperti yang dimahukan.
Ia mungkin mengambil sedikit masa, tetapi lebih bersifat untuk jangkamasa panjang.
Peluang Tepat Untuk Penyokong Valencia CF Saksikan Perjalanan JDT Dibawah TMJ
“Fearless: Rise of the Johor Southern Tigers”
Dokumentari ini difilemkan sejak 2019 dan diarahkan oleh Leon Tan (produser “War of the worlds: Goliath”) bersama pengarah filem terkemuka, Tony Pietra Arjuna.
Mempunyai 5 episod, “Fearless: Rise of the Johor Southern Tigers” menceritakan tentang kisah perjalanan JDT dari sebuah kelab yang ditubuhkan pada 2013 sehingga menjadi sebuah kelab bola sepak yang berjaya membuka mata banyak pihak di Asia dan juga Eropah.
Ini adalah peluang besar untuk penyokong Valencia CF, menyaksikan sendiri apa yang telah dilakukan oleh TMJ untuk JDT yang mungkin akan turut berlaku di Valencia sendiri jika menjadi kenyataan.
Berdasarkan carian di internet, 108 Media sebagai pemegang hak jualan untuk siri dokumentari khas ini, mempunyai hubungan kerjasama dengan beberapa syarikat penyiaran antarabangsa dan kemungkinan akan ditayangkan di saluran Netflix, HBO dan Astro.
Menurut TMJ, kejayaan dan mencipta sejarah merupakan perkara yang memberikan motivasi kepada beliau serta minat yang mendalam dalam arena bola sepak.
Setelah menubuhkan JDT dan meraih pelbagai kejayaan seperti 16 piala dalam tempoh lapan musim, kini beliau bersedia untuk melebarkan sayap serta mencuba cabaran baharu.
Baca artikel lain mengenai perkembangan JDT melalui pautan dibawah.