Sebelum memasuki perlawanan ke-2 Liga Super 2021, VOCKETFC mahu membawakan kepada anda mengenai statistik ringkas tontonan semua 6 perlawanan Liga Super 2021 yang telah berlangsung baru-baru ini.
Berdasarkan angka yang tertera di laman web Youtube, semua 6 perlawanan MD1 Liga Super 2021 berjaya mencatatkan 2,497,584 tontonan secara keseluruhannya dengan purata bagi setiap perlawanan adalah sekitar 416,264 tontonan.
Nota: Angka-angka diatas adalah sah setakat artikel ini ditulis.
Jika dilihat dari jumlah tontonan bagi setiap perlawanan pula, kedudukannya adalah seperti berikut;
- JDT bertemu Kedah FC: 624,981 tontonan
- Selangor FC bertemu Sri Pahang: 578,105 tontonan
- UiTM FC bertemu Terengganu FC: 374,096 tontonan
- Perak FC bertemu PJ City FC: 331,624 tontonan
- Penang FC bertemu KL City FC: 299,902 tontonan
- Melaka United FC bertemu Sabah FC: 288,876 tontonan
Jumlah tontonan untuk perlawanan seterusnya dijangka akan meningkat lagi selepas ini apabila lebih ramai penyokong yang mula memberikan perhatian kepada bola sepak tempatan hasil dari hype serta isu-isu menarik lain yang ada dalam bola sepak tempatan.
Mengikut angka dari platform yang sama bagi musim 2020, perlawanan yang melibatkan pasukan JDT kebiasaannya akan mencatatkan jumlah tontonan yang tinggi berbanding perlawanan lain.
Apakah ianya akan masih kekal begitu pada musim 2021 ini atau ada pasukan lain yang mampu untuk mengatasi bilangan itu, sama-sama kita lihat dan berikan sokongan.
Anda mahu melihat bola sepak kita diperingkat Asia? Sokonglah bola sepak tempatan!
Penyokong Kuala Lumpur ‘Bengang’ Dengan Pengurusan Pasukan, #TAMKeterehOut Jadi Perhatian