Gelanggang rasmi skuad Harimau Malaya, Stadium Nasional Bukit Jalil bakal berwajah baharu apabila pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim (TMJ) mengumumkan akan menaja kos penanaman rumput baharu menggantikan rumput lembu (cow grass).
Menurut kenyataan rasmi di laman facebook Johor Southern Tigers (JST), pengurusan JDT akan membantu Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) bagi memastikan Stadium Nasional Bukit Jalil mempunyai padang yang berkualiti untuk perlawanan bertaraf antarabangsa.
“Saya telah membuat keputusan untuk menaja kos penanaman rumput baharu sebagai hadiah kepada Stadium Nasional Bukit Jalil. Ianya adalah rumput jenis Zeon Zoysia, sama seperti di Stadium Sultan Ibrahim milik JDT.
“Saya telah mengarahkan pengurusan JDT untuk membantu Perbadanan Stadium Malaysia bagi memastikan Stadium Nasional tersebut mempunyai padang yang kualitinya layak untuk perlawanan bola sepak antarabangsa.
“Bagaimanapun, saya ingin meminta pihak berkuasa stadium untuk memastikan padang itu dijaga dengan rapi dan semua penggunaan bukan sukan hanya dilakukan jikalau langkah-langkah yang sesuai telah dilakukan bagi memastikan padang tersebut tidak rosak,”kata kenyataan rasmi TMJ.
I have decided to sponsor the cost for a new pitch as a gift to the Bukit Jalil National Stadium. It will be the Zeon Zoysia type grass, like at Johor Darul Ta'zim FC's Sultan Ibrahim Stadium.
[1/3] pic.twitter.com/iaqV0tbAbK
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) March 10, 2022
Ini adalah berita gembira bagi peminat bola sepak tempatan apatah lagi Malaysia telah dipilih sebagai tuan rumah Kelayakan Piala Asia 2023 dimana Stadium Nasional Bukit Jalil akan menjadi venue rasmi semua perlawanan itu.
Pertukaran rumput baharu ini diharapkan dapat membantu skuad kendalian Kim Pan-gon mempamer corak permainan yang lebih baik menentang Bahrain, Turkmenistan dan Bangladesh sekaligus menempah tiket automatik ke Piala Asia 2023 di China.
Kelayakan Piala Asia 2023 š
Skuad Harimau Malaya diundi dalam kumpulan E bersama Bahrain, Turkmenistan dan Bangladesh. #ACQ2023 pic.twitter.com/1JAFEHBXoa
— VOCKET FC (@vocketfc) February 24, 2022
Penggunaan rumput Cow Grass ini pernah dikritik oleh ketua jurulatih UAE, Bert Van Marwijk ketika aksi Kelayakan Piala Dunia 2022 tahun lalu. Beliau menyifatkan rumput jenis ini terlalu tebal dan menyukarkan pemainnya untuk membuat hantaran dengan lancar.
Baca artikel lain mengenai perkembangan skuad kebangsaan melalui pautan dibawah.
RASMI: Elavarasan Jadi Pilihan Kim Pan Gon Sebagai Penolong Jurulatih
Dion Johan Cools Tidak Sabar Beraksi Di Hadapan Penyokong Harimau Malaya
Tengku Amir Harap Skuad Harimau Malaya Raih Banyak Kejayaan Dibawah Kendalian Kim Pan-gon