Andrea Pirlo memulakan langkah dalam karier pengurusannya dengan menjadi pengurus skuad pembangunan B-23 Juventus.
Perlantikan itu diumumkan oleh Juventus semalam. Perkara itu sudah pun berlegar sebelum ini, cuma pengumuman rasmi sahaja yang belum dibuat.
Dan dengan pengumuman tersebut maka sah Pirlo menjadi ‘Mister’ daripada Maestro di atas padang.
Juventus dalam kenyataan aluan kepada pengurus B-23 mereka yang baharu berkata:
“Hari ini menandakan pengembaraan baharu untuk Andrea Pirlo dan Juventus, yang kembali bergabung semula selepas 5 tahun.”
“Andrea, sebenarnya beliau adalah jurulatih B-23.”
“Dan daripada Maestro, menjadi coach! Pada musim panas 2015, Pirlo mengucapkan selamat tinggal Juventus selepas 4 musim. Di mana beliau bermain dengan rekod luar biasa bersama Bianconeri: 4 Scudetti, 1 Piala Itali dan 2 Piala Super Itali.”
“Ianya jalan cerita yang dititik dengan banyak permata: gol penentuan, assist yang dicat pada kanvas, dan visi dalam permainan yang tiada tandingannya.”
OFFICIAL | @Pirlo_official is the new Under 23 coach.
Welcome 🔙, Coach Pirlo!https://t.co/yGGYuLj6N7 pic.twitter.com/j1potSZZIN
— JuventusFC 🇬🇧🇺🇸 (@juventusfcen) July 30, 2020
“Dan sudah tentunya dengan pengalaman beliau bersama skuad kebangsaan pada 2006, kita menyaksikan beliau dimahkotakan sebagai juara dunia, dan beliau akan sedia mencurahkannya kepada pemain B-23, projek pemain muda yang berterusan membangun.”
“Di mana tahun ini adalah tahun kedua pasukan B-23 beroperasi dan membawa kepada kejayaan bersejarah dengan memenangi Coppa Italia C.”
“Cabaran baharu menunggu di hadapan, ntuk kepulangan yang hanya mampu membuat penyokong Juventus gembira.”
“Selamat kembali, Coach Pirlo!”
Selamat maju jaya buat Pirlo di fasa baharu kariernya.
Baca juga perkembangan lain dari Eropah
Bournemouth Mahu Ganti Rugi Daripada EPL Kerana Kesilapan Hawk-Eye
Man United Iklankan Jawatan Kosong Penganalisis Penjaga Gol Kerana De Gea?
Guardiola Akui Cemburu Dengan Semangat Liverpool, Dan Tumpang Gembira Dengan Kejayaan Klopp