Bournemouth mahu membangkitkan isu Hawk-Eye ketika perlawanan di antara Aston Villa dan Sheffield United, sebagai antara sebab mereka tersingkir.
Premier League sebeul ini membuat permohonan maaf di atas kesilapan teknikal teknologi Hawk-Eye yang diggunakan dalam Goal Line Technology.
Dalam perlawanan tersebut, gol Sheffield tidak diberikan kerana sistem yang ralat ketika gol tersebut.
Oleh itu pihak Lembaga Pengarah The Cherries mahu menuntut gantirugi di atas kesilapan tersebut yang memberikan impak secara langsung kepada persaingan di antara Aston Villa dan Bournemouth.
Di mana Aston Villa kekal dan Bournemouth pula tersingkir.
Namun begitu peguam sukan Thomas Horton, mengaskan bahawa tuntutan Bournemouth ini boleh dibuat.
Ini kerana mereka menanggung kerugian jutaan pound kerana tersingkir ke Liga Kejuaraan.
Jadi, jelas sekali mereka ada kes untuk dibangkitkan. Tetapi beliau merasakan kes ini sukar untuk dimenangi kerana EPL sudah menyatakan ianya satu kecuaian yang tak disengajakan.
Dan kesilapan seperti itu adalah berlaku mungkin sekali dalam 9,000 perlawanan.
Bournemouth's board will meet later this week to discuss the possibility of pursuing a compensation claim against Hawk-Eye, whose mistake may have contributed to their relegation from the Premier League.
— Sky Sports News (@SkySportsNews) July 28, 2020
Beliau berkata: “Namun dengan adanya kenyataan bahawa ianya adalah kecuaian yang tak disengajakan, maka saya rasa Bournemouth dalam kesukaran untuk menuntut gantirugi.”
“Ini adalah perkara yang berlaku sekali daripada 9,000 perlawanan. Dan tahap ‘rare’ kes ini adalah luar biasa. Dan ini salah satu perkara yang setiap orang kena terima.”
Namun beliau faham dengan tindakan Bournemouth, dan yakin pasukan lain akan mengambil tindakan serupa jika terjadi perkara seperti itu kepada mereka.
Baca juga perkembangan lain dari Eropah
Amanda Staveley Salahkan Liverpool, Spurs Antara 10 Kelab Menentang Pemilikan Saudi Di Newcastle
TERKINI: Impak Covid Antara Alasan Pihak Saudi Tarik Diri Daripada Beli Newcastle
Barcelona Rugi €200 Juta, Dan Pakai Wang Kerajaan Bayar 70% Gaji Staf