Liverpool turun ke Vitality Stadium untuk menentang Bournemouth selepas minggu cemerlang mereka membelasah Man United 7-0 di Anfield sebelum ini.
Sebelum perlawanan, Jurgen Klopp sudah memberikan amaran kepada anak anak buahnya tentang ancaman Bournemouth. Ini selepas pasukan itu menjaringkan 2 gol pendahuluan menentang Arsenal dan tewas pada masa kecederaan.
Ternyata aksi di Bournemouth tidak mudah untuk The Reds. Di mana anak anak buah Jurgen Klopp mendominasi perlawanan tetapi gagal menjaringkan gol.
Phillip Billing sekali lagi mencetak gol ke atas pasukan big six selepas menjaringkan gol menentang Arsenal sebelum ini.
Billing menjaringkan gol pendahuluan buat tuan rumah pada minit ke-28.
6 – Philip Billing has scored six goals in the Premier League this season, twice as many as heβd bagged in his previous three campaigns in the competition combined (3 in 77 apps). Imposing. pic.twitter.com/3ordFapUHo
— OptaJoe (@OptaJoe) March 11, 2023
Liverpool tidak mendapat sentuhan penyudah yang mereka harapkan.
Separuh masa pertama sangat menghampakan buat The Reds. Walaupun banyak melakukan percubaan namun tidak ada satu pun masuk.
Ianya berakhir dengan 1-0 memihak tuan rumah pada 45 minit pertama.
Pada separuh masa kedua, Jurgen Klopp mengerahkan Diogo Jota masuk menggantikan Harvey Elliot.
Jota kemudian berjaya memenangi penalti untuk pasukannya ketika bolanya ditampan dengan tangan oleh pertahanan lawan – Smith. VAR mengesahkan bahawa ianya penalti.
πΈ PENALTY for Liverpool. Handball by Smith. #BOULIV pic.twitter.com/p7r2EUtjav
— Football Talk (@FootballTalkHQ) March 11, 2023
Keadaan menjadi lebih buruk apabila Mohamed Salah gagal menyempurnakan penaltinya yang melambung tinggi pada minit ke-70.
Bournemouth kemudian menguatkan lagi sistem pertahanan mereka agar menjadi lebih padat.
Liverpool berterusan mencari gol namun terus hampa.
Cody Gakpo memiliki peluang terakhir untuk menyamakan kedudukan tetapi percubaannya tersasar.
Dan akhirnya Liverpool tewas 1-0 di tangan Bournemouth di Vitality.
Defeat at Bournemouth. pic.twitter.com/E4E2MM0x1g
— Liverpool FC (@LFC) March 11, 2023
Keputusan ini sekali lagi meletakkan Liverpool dalam kesukaran untuk mengejar 4 teratas musim hadapan walaupun mencipta keputusan cemerlang sebelum ini menentang seteru tradisi mereka.
Ianya meneruskan rekod bahawa tiada pasukan yang akan menang dalam pusingan kedua EPL selepas membelasah lawan mereka 9-0 pada pusingan pertama.
No team has lost a PL game 9-0 & then lost their next game vs the same opponent:
β Man Utd 9-0 Ipswich
β Ipswich 1-1 Man Utdβ Saints 0-9 Leicester
β Leicester 1-2 Saintsβ Man Utd 9-0 Saints
β Saints 1-1 Man Utdβ Liverpool 9-0 Bournemouth
β Bournemouth 1-0 Liverpool pic.twitter.com/wGfbt6XN8X— Squawka (@Squawka) March 11, 2023