Chelsea terus mencatatkan satu lagi keputusan yang dianggap sukar diterima oleh peminat mereka selepas diikat oleh Bournemouth.

Baca Juga:

Di mana skuad yang sudah berbelanja lebih £1 billion dalam 3 jendela perpidahan terakhir itu terikat seri tanpa jaringan.

Berikut adalah 3 masalah utama Chelsea dalam perlawanan ini.

1. Penyudah tumpul

Chelsea bukannya tidak mencipta peluang. Namun mereka gagal menyudahkannya.

Isu utama adalah penyerang mereka kerap tidak memahami ‘bahasa hantaran’ yang akan mereka terima daripada rakan mereka.

Kadangkala pemain terlalu ke hadapan atau ke belakang dengan pemposisian yang tidak bagus.

Seterusnya, penyerang Chelsea juga kerap teragak agak untuk membuat keputusan dan akhirnya mereka mempersia siakan peluang yang ada.

2. Isu di bahagian sayap

Chelsea berdepan dengan isu di mana bahagian sayap mereka kerapkali teragak agak sama ada untuk meneruskan gerakan ke atas atau pun menunggu rakan dari belakang.

Dan seringkali mereka melengahkan serangan dan menghantar bola ke belakang.

Secara keseluruhannya, Cheslea masih boleh dikatakan bermain dengan baik. Cuma masalah seperti ini menghalang mereka daripada melakukan ancaman lebih cepat.

Pemain seperti Mykhailo Mudryk kelihatan masih ada masalah dengan keyakinan diri ketika di hadapan gol.

Namun dia jelas sudah memperbaiki prestasinya di dalam aspek lain dan antara pemain yang cemerlang dari segi binaan serangan.

3. Tidak ada pemimpin di tengah

Chelsea merupakan skuad yang sarat dengan bakat. Namun mereka tidak ada seorang pemimpin di bahagian tengah.

Mereka perlukan seorang pemain yang boleh menjadi pemimpin dengan karakter yang lebih kuat untuk memastikan semua unit sentiasa berhubung.

Misalnya, Enzo Fernandez dalam perlawanan ini kerapkali terpecah daripada unit tengah dan tidak ada pemain yang benar benar menyedarkannya.

Isu ini bukan perkara baharu dalam skuad Chelsea. Ianya adalah masalah mereka sejak musim lepas lagi.

Rumusan

Chelsea bermain dengan baik dalam perlawanan ini. Mereka berjaya membina serangan sehingga ke sepertiga akhir.

Namun masalah utama mereka adalah penyudah di sepertiga akhir. Sama ada hantaran ataupun percubaan akhir membuatkan Chelsea diikat oleh Bournemouth.