Pengurus Juventus, Andrea Pirlo menyatakan bahawa beliau tidak risau dengan masa depannya di Juventus. Ini berikutan tekanan selepas tersingkirnya dari UCL. Musim lalu Maurizio Sarri dipecat selepas gagal membantu Juventus mara ke pusingan suku akhir UCL.
Walaupun Sarri memberikan Serie A kepada Juventus namun sasaran utama mereka adalah UCL. Sebelum ini pengurusan tertinggi Juventus sudah menyatakan bahawa keinginan mereka melengkapkan era 9 kejuaraan Serie A beturut turut dengan sekurang kurangnya 1 UCL.
Juventus disingkirkan oleh Porto dalam saingan peringkat 16 akhir meskipun beza nilai pemain antara kedua dua pasukan bagai langit dan bumi.
Dalam saingan domestik, Pirlo kini berpotensi menjadi pengurus Juventus pertama yang gagal menjuarai Serie A sejak Luigi Nel Neri pada 2010/11.
Pirlo ditanya soalan panas tentang masa depannya pada Isnin. Dan menyatakan bahawa kedudukannya di Juventus tidak bergantung kepada keputusan yang dicapai dalam perlawanan menentang Porto.
Pirlo juga ditanya sama ada beliau sedar atau tidak bahawa Maurizio Sarri sebelum ini dipecat kerana gagal memenangi UCL.
“Saya tak pasti atas sebab apa Maurizio Sarri disingkirkan. Saya pengurus Juventus, saya dibawa masuk untuk memimpin kelab ini dengan pendekatan tersendiri, projek yang saya sentiasa mahu jayakan untuk dibangunkan dalam beberapa tahun ini. Saya tidak memikirkan soal dipecat.”
“Saya memang tak gembira, selepas bekerja sepanjang minggu, sudah pastinya saya mahu pasukan kami terus kekal di UCL.”
Juventus coach Andrea Pirlo has said he is not fearing the sack despite watching his side crash out of the Champions League against 10-man Porto on Tuesday.
Goal | #263Chat pic.twitter.com/c7B3ffSoC1
— 263Chat.com 🇿🇼 (@263Chat) March 10, 2021
“Sekarang ini, situasi kami, kami perlu bekerja keras lagi dalam beberapa aspek di pusat latihan untuk memperbaikinya.”
Sebelum perlawanan Pirlo berkata:
“Jika saya berfikir begitu [memikirkan pemecatan], saya tak akan berada di sini. Saya tahu ianya satu perlawanan yang penting, namun saya fokus untuk satu perlawanan setiap masa. Kelab akan menentukan masa depan saya bergantung kepada keputusan yang dicapai [secara keseluruhan].”
“Saya bekerja setiap hari, saya tahu projek saya dan projek kelab ini.”
Ditanya tentang sepakan percuma Oliveira, Pirlo mengakui mereka silap andaian ke atas pihak lawan. Mereka merasakan bahawa situasi itu tidak terlalu bahaya. Dan akhirnya mereka melepaskan gol itu.
Kali terakhir Juventus menjuaral UCL adalah pada 1996. Dan Juventus tidak akan membawa masuk Ronaldo hanya untuk Serie A. Kerana kualiti mereka tanpa Ronaldo dilihat cukup bagus untuk Serie A.
Juventus membelanjakan sekitar EUR108 juta untuk membeli Ronaldo dari Real Madrid. Pemain Portugis itu direhatkan dalam aksi tengah minggu berdepan Lazio, dan hanya menjadi pemain gantian.
Baca juga perkembangan lain
Angelino: “Liverpool Lebih Tertekan, Trent Adalah ‘Lubuk’ Untuk Kami Manfaatkan”