Juventus berjaya mengalahkan FC Porto pada perlawanan kedua Liga Juara-Juara 16 yang terakhir di Stadium Allianz 3-2. Malangnya, Juventus tetap tersingkir kerana peraturan gol di tempat lawan, di mana Porto ada 2 gol tempat lawan berbanding hanya 1 untuk Juventus.
Juventus bermula garang, dengan melancarkan serangan dari awal. Pada minit ketiga Juan Cuadrado melakukan hantaran kemas yang ditanduk oleh Alvaro Morata namun berjaya diselamatkan Agustin Marchesin.
Namun begitu, Juventus bolos lebih awal. Pada minit ke-17, pengadil memberikan sepakan penalti kepada pasukan pelawat selepas Merih Demiral mengasari Mehdi Taremi. Sergio Oliviera, dengan tenang menyempurnakan penalti tersebut.
🔵⚪️ Sum up this Porto display in one word…#UCL pic.twitter.com/FZgtHVyhLH
— UEFA Champions League (@ChampionsLeague) March 9, 2021
Juventus kemudian menggandakan asakan ke kubbu Porto. Namun mereka gagal untuk menjaringkan gol sepanjang separuh masa pertama. Porto bertahan dengan sangat kompak dan ramai sekali.
Bersambung babak kedua, Federico Chiesa berjaya menyamakan kedudukan selepas menerima hantaran daripada Cristiano Ronaldo. Dan kini agregat adalah 2-3.
Keadaan dilihat semakin berpihak kepada The Old Lady selepas Taremi, dibuang padang pada minit ke-54.
11 minit selepas itu, Chiesa menambah satu lagi gol untuk menyamakan kedudukan secara agregat setelah menerima hantaran Juan Cuadrado.
⚪️⚫️ Federico Chiesa has kept Juventus in the tie ⚽️⚽️⚽️ #UCL pic.twitter.com/ba6wnvBItm
— UEFA Champions League (@ChampionsLeague) March 9, 2021
Pada masa kecederaan, Juventus berjaya menjaringkan gol ketiganya menerusi Alvaro Morata yang mendapat hantaran kemas dari Arthur Melo. Malangnya, gol itu tidak dibenarkan kerana bekas penyerang Atletico itu ofsaid.
Juventus sekali lagi hampir menjaringkan gol pada masa kecederaan, apabila Juan Cuadrado melakukan percubaan yang terkena palang.
🔵⚪️ Pepe = legendary warrior 💪#UCL pic.twitter.com/Es3VtZXzH2
— UEFA Champions League (@ChampionsLeague) March 9, 2021
Masa ekstra
Porto mulai bermain dengan lebih terbuka. Mereka melakukan ancaman pertama pada masa ekstra menerusi tandukan Marega pada minit ke-99 yang dapat ditangkap oleh Szczesny.
Pada mini ke-115, Porto berjaya menjaringkan gol menerusi sepakan percuma Sergio Oliveira. Pemain tengah Portugal itu melepaskan rembatan rendah yang gagal dikeluarkan oleh Wojciech Szczesny, dengan kedudukan 2-2 bermakna Porto di hadapan secara agregat 3-4, dan memiliki kelebihan gol di tempat lawan.
Highlights as inspired by
Peter Drury 2:Ronaldo Penaldo Dybala GOAT Sarri Buffon Ajax Morata Haaland Allegri Ajax Marcelo pic.twitter.com/Coa3wx9O0F
— Code_mmi_nex (@cod_emminex) March 9, 2021
Juventus terus memberikan respon dengan gol oleh Rabiot, hanya selepas dua minit daripada gol Oliveira. Kedudukan kini 3-2 dan 4-4 secara agregat.
🔥 Juventus 3-2 Porto = a Champions League classic?
⏰1⃣9⃣ Juventus 0-1 Porto (agg: 1-3)
⏰4⃣9⃣ Juventus 1-1 Porto (agg: 2-3)
⏰6⃣3⃣ Juventus 2-1 Porto (agg: 3-3)⏰1⃣1⃣5⃣ Juventus 2-2 Porto (agg: 3-4)
⏰1⃣1⃣7⃣ Juventus 3-2 Porto (agg: 4-4)#UCL pic.twitter.com/El7z7DE2wC— UEFA Champions League (@ChampionsLeague) March 9, 2021
Dengan masa yang semakin suntuk, Juventus gagal menambah gol lagi, dan akhirnya mereka tersingkir di peringkat 16 akhir.
For the first time since 2006, Cristiano Ronaldo has failed to reach the Champions League quarter-finals in back-to-back seasons.
Still no #UCL semi-final since joining Juventus. 😳 pic.twitter.com/GYCW7Yl8U5
— Squawka (@Squawka) March 9, 2021
Baca juga perkembangan lain
RASMI: Laporta Presiden Barcelona Sekali Lagi, Tekad Bangkitkan Semula Barca