Pemilihan Presiden kelab baharu Barcelona telah pun dimuktamadkan menerusi pilihanraya. Hasilnya, kemenangan memihak kepada Joan Laporta yang akan menjadi presiden kelab sekali lagi.
Laporta merupakan tokoh yang lahir di Barcelona pada 29 Jun 1962, dan memiliki sarjana dalam Undang-Undang dari University of Barcelona dan Sarjana dalam Undang-Undang Syarikat dan Pakar Cukai di Institut d’Estudis Superiors Abat Oliba di Barcelona.
🗳 2021 ELECTION 🗳
The final tally of the FC Barcelona presidential election with 100% of the vote counted. pic.twitter.com/dVS33mjpXe
— FC Barcelona (@FCBarcelona) March 7, 2021
Beliau adalah pengasas bersama dan pemilik firma undang-undang Laporta & Arbós Advocats Associats; ahli Illeger Collegi d’Advocats de Barcelona, selamin daripada menjadi ahli Lembaga Pemegang Amanah dan Jawatankuasa Eksekutif Yayasan Lluch dan Yayasan Kebajikan Johan Cruyff.
Laporta terpilih sebagai presiden FC Barcelona setelah memenangi pilihanraya yang diadakan pada bulan Jun 2003, dan pada musim panas 2006 dia dipilih semula sebagai presiden kelab.
Di bawah kepimpinan Joan Laporta selama 7 tahun, Barcelona menjuarai dua Liga Juara-Juara Eropah, empat kejuaraan liga, satu Copa del Rey, sebuah Piala Dunia Kelab, satu Piala Super Eropah, tiga Piala Super Sepanyol dan tiga Piala Sepanyol.
🔵🔴 A look at Joan Laporta, the new president of FC Barcelonahttps://t.co/cy0aIb8HvD
— FC Barcelona (@FCBarcelona) March 8, 2021
Perlu diingatkan bahawa keempat-empat pasukan profesional kelab (bola sepak, bola keranjang, bola baling dan hoki roller) berjaya menjadi juara Eropah di bawah kepresidenannya juga.
Beliau juga sangat pintar dalam ekonomi kelab. Menjadikan Barcelona sebagai salah sebuah pasukan yang menjana pendapatan tertinggi di dunia.
Dengan motto kelan mereka ‘Més que un club’, Joan Laporta menandatangani beberapa perjanjian kerjasama dengan UNICEF, Unesco dan Acnur dan mempromosikan pembukaan pusat XICS (Xarxa International de Centres Solidaris) ke seluruh dunia melalui FC Barcelona Foundation.
Dengan menandatangani perjanjian bersejarah dengan UNICEF, di New York, pada bulan September 2006, FC Barcelona berjanji untuk bekerjasama secara kewangan dengan persatuan kebajikan itu untuk melindungi kanak-kanak, dan pasukan pertama juga akan memakai logo UNICEF pada jersi pasukan.
Selepas tamat perkhidmatan sebagai presiden Barça, Laporta memutuskan untuk melangkah ke dunia politik. Joan Laporta adalah wakil di Parlimen Catalonia dari November 2010 hingga Oktober 2012, dan ahli majlis untuk Majlis Bandaraya Barcelona dari Mei 2011 hingga Mei 2015.
Laporta menjadi calon pilihan pada pemilihan kali ini untuk mengeluarkan kelab daripada krisis kewangan yang teruk selepas era Bartomeu. Beliau juga merupakan presiden yang sebelum ini melantik Pep Guardiola menjadi pengurus.
Selain itu, Laporta sudah berjanji bahawa, jika beliau terpilih, maka Lionel Messi akan terus kekal bersama dengan kelab mereka.
🎙 Joan Laporta: "The fact that the best player in the world came to vote today, along with his son, is proof that Leo #Messi loves Barça." pic.twitter.com/plnEpSAlfu
— FC Barcelona (@FCBarcelona) March 7, 2021
Beliau juga bertekad akan memacu Barcelona ke landasan yang terbaik sekali lagi. Di mana menurutnya, ketika beliau menjadi presiden dahulu, Real Madrid tak pernah sekali merasa Liga Juara Juara Eropah.
🗣️ Laporta: "Real Madrid never won the Champions League during my presidency." https://t.co/VHOyYrIvek
— infosfcb 𝕏 (@infosfcb) March 5, 2021
Selamat kembali Laporta.
Baca juga perkembangan lain
EPL: Kesalahan Salah Hiasi Kekalahan Liverpool Di Anfield Buat Keenam Kali Berturut Turut
Arteta: “Jika Itu Bukan Penalti, Beritahu Saya Rupa Penalti Sebenar”