Pengadilan Liga Inggeris terus menjadi subjek panas. Kali ini pengurus Arsenal berang dengan pengadil yang tidak memberikan penalti kepada Arsenal dalam aksi berdepan dengan Burnley.
Arsenal seri 1-1 di Turf Moor selepas mendahului seawal minit keenam. Namun kesilapan Granit Xhaka telah dengan percuma memberikan gol kepada Chris Wood.
Terdapat dua insiden melibatkan Pieters. Di mana yang pertama pemain itu jelas menunjukkan dia handball dengan tangannya tidak berada di kedudukan biasa.
Insiden kedua adalah di mana pengadil melayangkan kad merah kerana Pieters dirasakan menghadang percubaan Pepe dengan lengannya. Namun pengadil menarik semula kad merah dan penalti kerana ternyata Pieters menghadang bola dengan bahunya.
Namun insiden pertama adalah paling menarik perhatian. Kerana ianya jelas penalti.
Arteta berkata: “Turf Moor bukan tempat yang mudah untuk dilawati. Dan saya harus akui kamu harus sempurnakan beberapa peluang keemasan kami miliki [merujuk kepada beberapa siri miss termasuk dari Pepe, Aubameyang dan juga Saka].”
“Apabila kamu tak sempurnakan peluang yang kamu ada, dan kamu tidak mendapat keputusan pengadil yang memihak, ianya sangat sukar untuk kamu nak menang. Jika itu bukan penalti, maka seseorang harus terangkan kepada saya, macamana rupa penalti sebenar dalam liga ini?”
🗣 Mikel Arteta: “If that's not a penalty, someone needs to explain what a penalty is in this league."
— Connor Humm (@TikiTakaConnor) March 6, 2021
“Daripada apa yang kami pamerkan hari ini, menunjukkan kami datang untuk memang. Apabila kamu gagal menang, kamu harus melihat pada diri sendiri. Kita mendominasi perlawanan ini sepenuhnya pada separuh masa pertama. Namun mereka menyukarkan kami dengan banyak sekali bola tinggi.”
“Kita mencipta beberapa peluang dan harus menang dengan margin 2 atau 3 gol. Jika kamu memberikan harapan kepada mana mana lawan kamu di EPL, mereka akan mengambil kesemapatan itu.”
Baca juga perkembangan lain
Bayern Bangkit Menang 4-2: Haaland Skor 2, Lewandowski Balas 3
Pengadil U-Turn Kad Merah Dan Batalkan Penalti, Arsenal Diikat Burnley
FIFA Pertimbang Wenger’s Law Untuk Perbaiki Peraturan Ofsaid