Bek sisi RB Leipzig, Angelino percaya bahawa pasukan Liverpool kini sedang merasai tekanan dan bukannya pasukan mereka. Liverpool menang 2-0 dalam perlawanan pertama dengan status aksi tempat lawan.
Dan mereka akan berdepan dengan Leipzig bagi membuat perhitungan, hanya beberapa hari selepas dimalukan Fulham di Anfield – yang memberikan Liverpool kekalahan keenam berturut turut di tempat sendiri buat pertama kalinya.
Bekas pertahanan sisi Man City, Angelino juga yakin bahawa pasukan mereka masih berada dalam landasan tepat untuk memenangi pertarungan kali ini dengan juara enam kali itu. Dengan The Reds yang bergelut dengan prestasi mereka di peringkat domestik, Angelino yakin ini adalah peluang terbaik mereka.
“Saya boleh katakan bahawa tekanan adalah lebih pada mereka berbanding dengan kami. Kami adalah pasukan bukan pilihan.”
“Jika kami tidak melakukan kesilapan dan tidak mempersia siakan peluang, kami boleh mengubah keadaan ini. Masih ada 90 minit lagi.”
Despite their two goal advantage, Leipzig's Angeliño believes all the pressure is on Liverpool ahead of their Champions League tie 👀 pic.twitter.com/zISuXlpAXr
— FootballJOE (@FootballJOE) March 9, 2021
Seterusnya, Angelino menyatakan bahawa mereka sudah mengetahui kelemahan Liverpool ketika bertahan iaitu Trent Alexander Arnold.
“Saya fikir kami bermain dengan baik pada perlawanan pertama, kami beberapa kali ketinggalan dari belakang,” kata Angelino.
“Teknik mereka bermain bola sangat bagus. Alexander-Arnold dengan bola sukar dipercayai tetapi dia terlalu ofensif. Tetapi itulah yang terbaik untuk kami.”
“Oleh itu, kami harus memanfaatkan kelemahan itu dan mudah-mudahan kami dapat beberapa peluang lagi seperti yang kami lakukan pada perlawanan pertama.”
"Alexander-Arnold with the ball is unbelievable, but he's too offensive"
Leipzig's Angelino is confident of exploiting the Liverpool defender ahead of the #UCL last 16 second leg 👀 pic.twitter.com/Vm1vxM0a9n
— Mirror Football (@MirrorFootball) March 9, 2021
Liverpool kini semakin sukar untuk menempatkan diri mereka dalam senarai 4 teratas. Mungkin UCL adalah harapan terakhir untuk mereka untuk mara ke UCL pada musim hadapan – iaitu dengan menjuarainya.
Dengan prestasi semasa The Reds, segalanya serba samar untuk mereka, dan ianya nampak sukar.
Adakah Jurgen Klopp akan mampu membangkitkan semula semangat pasukannya? Kerana jelas sejak kebelakangan ini, Liverpool berdepan dengan krisis keyakinan.
Musim lalu, RB Leipzig menikmati musim yang cemerlang dengan mara sehingga ke separuh akhir. Namun di separuh akhir mereka ditundukkan oleh PSG.
Baca juga perkembangan lain