Jurulatih Manchester City Pep Guardiola merasa cemburu dengan semangat pemain Liverpool untuk memenangi Liga Perdana.
Guardiola merasakan skuad Jurgen Klopp tidak hanya bagus dari segi kualiti pemainnya namun dari segi semangat juga mereka adalah luar biasa.
Jordan Henderson dan rakan-rakan juga mempunyai mentaliti yang luar biasa untuk mencapai impian mereka.
Menurut Guardiola: “Liverpool bermain setiap perlawanan seolah-olah mereka final. Kami bermain seperti kami tidak mahu menang, jadi kami akan kalah di liga Inggeris.”
“Mereka [Liverpool] bermain setiap pertandingan seolah-olah mereka tidak memikirkan kalah. Kami [Man City] tidak seperti itu,” kata Guardiola seperti yang dipetik dari Daily Mail.
“Saya rasa Liverpool luar biasa musim ini dan saya ingin mengucapkan tahniah kepada mereka. Kami tidak lagi konsisten, tidak seperti musim sebelumnya ketika kami seperti mesin dalam setiap perlawanan.”
“Kami tewas banyak musim ini. Apabila anda mengalami banyak kekalahan dengan lawan ini [Liverpool] sebagai pesaing, maka tak mustahil kamu akan kalah.”
The Reds finished 18 points clear of Man City to win the Premier League title https://t.co/QfluarWC9w
— Liverpool FC News (@LivEchoLFC) July 27, 2020
“Namun, cara kami bermain masih bagus, saya tidak menyesal dengan cara kami bermain,” jelas Guardiola.
Pada kesempatan itu, Guardiola juga memuji kegeniusan Klopp dalam skuad Liverpool.
Beliau tumpang gembira dengan kejayaan Klopp sebagai seorang sahabat. Walaupun agak perit menerimanya sebagai seorang pesaing.
“Dia telah tampil menonjol di Jerman dan sekarang di England. Dia akan berjaya di mana pun dia berada,” kata Guardiola.
“Klopp adalah orang yang luar biasa. Saya suka menjadi rakannya dan bersaing dengannya. Saya rasa dia seorang pengurus yang hebat.”
Baca juga perkembangan lain
Klopp Dinobat Pengurus Terbaik, Sir Alex Ucap Tahniah Dan Sudah Maafkan Beliau
Arteta Mohon Keampunan Kerana Humban Watford Ke Liga Kejuaraan