Jodoh Ole Gunnar Solskjaer dan Manchester United secara rasminya sudah sampai ke penghujung selepas pengendali kelahiran Norway itu sah meninggalkan The Red Devils, sebentar tadi.
Perkembangan terkini yang sudah pastinya disambut gembira para penyokong setia Manchester United itu telah disahkan secara rasmi oleh laman sesawang juara 13 kali saingan Liga Perdana Inggeris tersebut.
“Manchester United mengumumkan bahawa Ole Gunnar Solskjaer telah melepaskan jawatannya sebagai pengurus.”
“Ole sentiasa menjadi legenda di Manchester United dan dengan rasa kesal kami terpaksa mengambil keputusan sukar ini.”
“Walaupun beberapa minggu terakhir ini sangat mengecewakan, mereka seharusnya tidak melupakan segala kerja keras yang dilakukannya pada tiga tahun ini untuk membina kembali asas kepada kejayaan jangka masa panjang.”
“Ole pergi dengan ucapan terima kasih yang tulus daripada kami atas segala usahanya tanpa mengenal penat lelah sebagai pengurus dan mengucapkan selama maju jaya kepadanya.”
“Tempatnya dalam sejarah kelab ini akan sentiasa terjamin, tidak hanya cerita sebagai seorang pemain tetapi juga sangai seorang yang hebat dan pengurus yang memberikan banyak memori hebat buat kami.”
“Dia sentiasa dialu-alukan untuk kembali ke Old Trafford sebagai sebahagian daripada keluarga Manchester United,” menurut kenyataan dikeluarkan kelab tersebut.
Dilantik sebagai pengurus sementara bagi menggantikan Jose Mourinho pada 19 Disember 2018, Ole kemudiannya telah diberikan jawatan tetap bermula 28 Mac 2019 dan pada hari ini, sumbangan yang telah dicurahkannya menjadi kenangan buat United.
Pembantu beliau, Micheal Carrick ditugaskan untuk mengendalikan pasukan sementara menantikan pelantikan pengurus interim bagi mengharungi baki musim 2021/22.
Teruskan membaca artikel-artikel lain seperti dibawah.
Tavares: “Kemenangan Adalah Perkara Normal Untuk Arsenal, Kami Mahu Duduk Di Atas Carta Liga”