Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) hari ini mengumumkan 3 negara iaitu Malaysia, Thailand dan Vietnam telah dipilih sebagai tuan rumah perlawanan peringkat kumpulan AFC Champions League (ACL) zon Asia Timur.
Saingan ACL musim 2022 akan dijalankan secara venue berpusat bagi membendung penularan wabak COVID-19 yang semakin meningkat di beberapa negara. Semua perlawanan peringkat kumpulan Zon Asia Timur akan berlangsung pada 15 April hingga 1 Mei 2022.
Malaysia yang diwakili oleh juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) akan menjadi tuan rumah kumpulan I yang melibatkan juara J-League, Kawasaki Frontale, kelab Liga Super China, Guangzhou FC dan satu lagi pasukan akan ditentukan melalui slot play-off sama ada Ulsan Hyundai atau Port FC.
Semua perlawanan ini akan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim dan berpeluang disaksikan oleh ribuan penyokong setia Harimau Selatan.
Keputusan undian rasmi @TheAFCCL
Wakil Liga Malaysia, @OfficialJohor diundi dalam kumpulan I bersama juara J-League, @frontale_staff dan kelab China, Guangzhou FC. #ACL2022 pic.twitter.com/0o32bfgSrp
— VOCKET FC (@vocketfc) January 17, 2022
Ini kali keempat JDT bertanding dalam saingan ACL dan skuad kendalian Benjamin Mora itu pernah mengejutkan Kashima Antlers (1-0) di Stadium Larkin dan menewaskan juara Piala FA Korea Selatan, Suwon Samsung Bluewings, 2-1 di Stadium Sultan Ibrahim.
Manakala perlawanan kumpulan F,G dan J akan berlangsung di Thailand dan Vietnam dipilih sebagai tuan rumah untuk kumpulan H.
Mereka dipilih menjadi tuan rumah kerana memenuhi beberapa kriteria yang ditetapkan oleh AFC iaitu keperluan logistik seperti penggunaan video bantuan pengadil (VAR), jarak perjalanan minimum kelab, padang latihan, kemudahan penerbangan dan fasiliti perubatan untuk ujian pengesanan COVID-19 kepada semua pemain dan pegawai yang kosnya ditanggung oleh AFC.
CONFIRMED ✔️ #ACL2022 Group Stage EAST hosts ⬇️
🇹🇭 Thailand – Group F, G and J
🇻🇳 Vietnam – Group H
🇲🇾 Malaysia – Group I🔗 https://t.co/D5bZ8aBBIZ pic.twitter.com/47GacZE4Rd
— #ACL (@TheAFCCL) February 16, 2022
Dengan barisan pemain berkualiti ditambah pula dengan kehadiran muka baharu yang berpengalaman, JDT mampu memberikan saingan sengit dan seterusnya mencipta sejarah mara ke peringkat kalah mati.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.
TERKINI: Pertahanan Kiri Indonesia, Pratama Arhan Sah Sertai Tokyo Verdy Dalam Saingan J2 League
Skuad Bola Sepak Wanita Filipina Lakar Sejarah Layak Ke Piala Dunia 2023
Kelab Liga Perdana Singapura Bakal Nikmati Lebih Banyak Perlawanan
Witan Sulaeman Sertai FK Senica, Bakal Beraksi Bersama Egy Maulana Vikri
Ikhsan Fandi Jaringkan Dua Gol, Bantu BG Pathum Tewaskan Songkhla FC
Kurniawan Berkelana Ke Itali, Jadi Penolong Jurulatih Kelab Serie B