Pemain pertahanan kiri skuad kebangsaan Indonesia, Pramata Arhan secara rasmi diumumkan sebagai pemain baharu kelab J2 League, Tokyo Verdy sebentar tadi melalui laman sosial rasmi kelab tersebut.
Menurut maklumat dari laman web rasmi kelab Tokyo Verdy, Pratama Arhan ditawarkan kontrak kekal dan bukan kontrak sebagai pemain pinjaman, dan tempoh kontrak tersebut tidak dinyatakan.
Dalam artikel itu juga, aksi Pratama Arhan sebenarnya telah diperhatikan sejak bulan Ogos 2021 lagi dan bukan semata-mata aksi memukau pada kejohanan AFF Suzuki Cup 2020 di Singapura sahaja.
【TOP】この度、インドネシアのPSISスラマンに所属していたアルハン選手が、完全移籍で東京ヴェルディに加入内定しましたので、お知らせします。
クラブ初の東南アジア出身選手の獲得です🙌
アルハン選手のプロフィールおよびコメントはこちら▶https://t.co/lfWBJlAITQ#verdy #Arhan pic.twitter.com/RMedHDKEFk
— 東京ヴェルディ(TOKYO VERDY)公式⚽ (@TokyoVerdySTAFF) February 16, 2022
Pramata Arhan muncul selaku pemain Asia Tenggara pertama kelab Tokyo Verdy kerana kelab itu tidak pernah mengambil mana-mana pemain dari Asia Tenggara lain sebelum ini.
Nota: Untuk makluman juga, kelab tersebut memiliki seorang pemain kacukan Bangladesh-Jepun dalam skuad utama mereka.
Sehingga pengumuman ini dibuat, Pratama Arhan dijangka akan terbang ke Jepun selepas sempadan dibuka atau mendapat kebenaran dari pihak imigresen Jepun seterusnya menjalani ‘medical check-up’ sebelum majlis pengenalan pemain akan dilakukan di Tokyo.
Pratama Arhan akan memakai jersi Tokyo Verdy nombor 38 untuk musim 2022. Selamat maju jaya Pramata Arhan!
Baca juga artikel-artikel lain yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah.
Penyerang ‘Form 5’ Sekolah Tinggi Jepun Ini Dipanggil Untuk ‘Trial’ Di Bayern Munich Selama 2 Minggu