Perlawanan Kejohanan Bolasepak 4 Penjuru dalam perebutan Piala YAB Menteri Besar Terengganu 2022 diantara pasukan Terengganu FC II dan Penang FC telah dicemari dengan aksi pergaduhan.
Aksi ‘bahang orang’ diantara kedua-dua pemain pasukan itu tercetus selepas sepakan penalti dipenghujung aksi separuh masa pertama gagal disempurnakan oleh pasukan Penang FC.
Berkemungkinan wujud faktor provokasi melampau dalam kalangan pemain-pemain sehingga mencetuskan aksi pergaduhan, ngejek serta kejar-mengejar didalam padang yang dapat disaksikan dengan jelas melalui siaran Balrz TV.
Insiden panas melibatkan pemain-pemain @FCTerengganu II dan @Penang_FC di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah malam tadi.
Kami mengharapkan insiden seperti ini tidak akan berulang lagi pada masa akan datang. pic.twitter.com/AOqgTJPGKh— Balrz.tv (@balrztv) February 10, 2022
— No Context Bola Malaysia (@nocontextbolamy) February 9, 2022
Ini pula video yang diambil oleh penonton yang hadir berhampiran tempat sepakan sudut.
https://twitter.com/izqandarzlqrnn/status/1491413159617658882?s=20&t=V8QGQkWm0-huCAmSLy9V-A
Inilah cerminan kepada industri bola sepak Malaysia kita memasuki tahun 2022.