Setelah menampilkan prestasi cemerlang dalam saingan Piala AFF Suzuki 2020, pemain muda Indonesia, Witan Sulaeman berhijrah dengan menyertai kelab Liga Slovakia, FK Senica sekaligus beraksi bersama rakan sepasukan di skuad Garuda iaitu Egy Maulana Vikri.
Perkara ini dikongsikan oleh Asean Football di laman media sosial Twitter dimana Witan menyertai Senica secara pinjaman dari Lechia Gdansk, kelab yang juga diwakili oleh Egy Maulana selama dua musim sebelum berpindah ke Senica.
#Transfer | DONE DEAL ✍️
🇮🇩 Indonesia's player, Witan Sulaeman(2001) has joined Slovakia' side, SK Senica 🇸🇰.#PSSI #SKSenica #witansulaiman pic.twitter.com/1VV46BWL35
— ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) January 18, 2022
Sejak beraksi bersama Lechia, Witan hanya beraksi dalam lima perlawanan bersama skuad pembangunan kelab sekaligus kurang mendapatkan minit bermain dan perkara ini dipercayai menjadi faktor utama mengapa pemain itu memilih untuk menyertai Senica, selain faktor adanya Egy di kelab itu.
Witan menjadi pilihan ketua jurulatih Indonesia, Shin Tae-yong bagi mengisi posisi sayap kanan ketika saingan Piala AFF Suzuki yang berlangsung di Singapura pada tahun lalu dan beliau menampilkan gandingan yang cukup baik bersama ketua pasukan, Asnawi Mangkualam.
Pemain berusia 20 tahun itu menampilkan prestasi cemerlang dimana beliau menjaringkan dua gol sepanjang saingan dan membantu Indonesia mara ke perlawanan akhir buat kali keenam dalam sejarah pertandingan.
Namun, nasib sekali lagi tidak menyebelahi Indonesia apabila mereka tewas kepada Thailand dengan keputusan agregat 6-2 sekaligus terpaksa menelan hakikat pahit dengan menjadi naib juara buat kali keenam.
Sebelum ini, Witan Sulaeman pernah beraksi bersama kelab Serbia, Radnik Surdulica dan beliau dilihat tidak akan berdepan masalah untuk menyesuaikan diri kerana telah mempunyai pengalaman beraksi di saingan bola sepak Eropah.
Gandingan Egy dan Witan dilihat mampu untuk membantu Senica untuk mempamerkan prestasi yang baik kerana kedua-dua pemain sudah mengenali corak permainan satu sama lain.
Sebelum beraksi dalam skuad senior, Witan dan Egy pernah beraksi bersama skuad B-19 dan B-22 tahun Indonesia dan kedua-dua pemain telah membantu Indonesia salam temasya besar seperti AFF B-19 dan Sukan SEA.
Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan bola sepak Eropah di sini:
EPL: Chelsea Persiakan Peluang Pintas Liverpool, Lukaku Tak Bermaya
Milan Tewas Gol 90+6 Selepas Pengadil Tak Beri Advantage Gol Messias
FIFA Best 2021: Lewandowski Terbaik Dunia, Salah, Mendy Terkeluar Dari FIFPRO XI