Chelsea turun dalam aksi berdepan Brighton di tempat lawan. Sang Biru berpeluang untuk memintas semula Liverpool sekiranya menang dalam aksi yang berlangsung di Stadium Falmer.
Malangnya anak anak buah Thomas Tuchel jelas kurang bermaya.
Tuchel menurunkan Lukaku sebagai peyerang utama. Dibantu oleh Hakim Ziyech dan Callum Hudson Odoi. Di tengah dua pemain dalam senarai FIFPRO XI, N’golo Kante dan Jorginho bergandingan di tengah.
Namun serangan Chelsea ternyata tumpul. Chelsea mendahului menerusi gol oleh Ziyech pada minit ke-28. Sepakan beliau terbias pada pertahanan. Namun penjaga gol Brighton seharusnya melakukan yang lebih baik.
Ketinggalan pada separuh masa pertama membuatkan Brighton lebih bersemnagat pada separuh masa kedua. Berbeza dengan Chelsea di mana mereka gagal untuk beraksi dengan lebih dominan.
Hakim Ziyech and Romelu Lukaku are having a difference of opinions heading into the break, despite the Blues' lead… 👀
HT: Brighton 0-1 Chelsea pic.twitter.com/P3mGXTg9bp
— Football on TNT Sports (@footballontnt) January 18, 2022
Brighton menjadi lebih bersemangat apabila Webster menjaringkan gol menerusi tandukan Adam Webster yang menyempurnakan sepakan percuma Mac Allister.
Brighton mencipta banyak peluang gol terutama sekali menerusi Tarik Lamptey dan juga pemain gantian, Leandro Trossard.
Malang sekali Neal Maupay dua kali memiliki peluang keemasan yang dipersiakannya.
Tuchel melakukan beberapa pertukara pada babak akhir untuk cuba mendapatkan 3 mata. Malangnya, skuad mereka terus bergelut di atas padang.
Brighton pula terus mempersiakan peluang untuk menambah gol.
Tamat perlawanan Brighton 1 Chelsea 1.
Brighton masih menjadi pakar seri musim ini dengan keputusan seri ke-11 mereka. Prestasi Romelu Lukaku menjadi subjek perbincangan oleh penyokong penyokong Chelsea. Menurut mereka sumbangan Lukaku kepada pasukan dalam perlawanan ini, sangat rendah.
Chelsea kini 1 mata di belakang Liverpool yang berada di tangga kedua dengan ada 1 perlawanan dalam tangan mereka.
Saksikan rangkuman aksi di sini: