Semalam berlaku protes besar besaran di Old Trafford. Namun pihak Premier League tetap berusaha meneruskan perlawanan tersebut dan menganjakkan waktu sepak mula dari 11:30pm waktu Malaysia ke 1:30am waktu Malaysia dan kemudian 2:30 am.
[@UnitedStandMUFC] – Old Trafford is now cleared#MUNLIV #MUFC #LFC pic.twitter.com/76jdkXU7Um
— Krackka (@krackka) May 2, 2021
Berdasarkan kemaskini daripada beberapa media, para penyokong bersurai sebelum sepak mula yang sudah dianjakkan itu.
Pegawai perlawanan dilaporkan tidak dapat masuk untuk menjalani saringan Covid sebelum memulakan perlawanan.
🚨 JUST IN: The Premier League refereeing team haven't been able to get into Old Trafford. Questions are being raised about Covid bubble breaches amongst Premier League and Manchester United officials #mufc #mujournal
— United Journal (@theutdjournal) May 2, 2021
Namun pada awalnya, PL menyatakan bahawa perlawanan boleh diteruskan kerana tidak ada penyokong yang menceroboh ke ruang bilik persalinan pemain dan pegawai perlawanan.
The Athletic kemudian melaporkan ada sekumpulan kecil penyokong yang cuba menceroboh ke ruang bilik persalinan pemain dan pegawai yang merupakan zon khas untuk kelompok gelembung EPL.
🚨 A small group were seen making their way down the tunnel at Old Trafford and sources say as many as ten made it into the dressing room, causing concern over a potential COVID-19 breach #mufc #mujournal
[Athletic]
— United Journal (@theutdjournal) May 2, 2021
Akhirnya Premier League mengumumkan perlawanan ditangguhkan ke tarikh baharu kerana berlaku pelanggaran SOP Covid serta beberapa tindakan keganasan.
Alasan itu nampak pelik, kerana para pemain tetap akan berpotensi melakukan kontak dengan fasiliti lain termasuk tempat duduk pemain dan yang lain.
Dalam kenyataannya, Premier League berkata: “Berikutan pelanggaran SOP keselamatan di Old Trafford, perlawanan Manchester United lwn Liverpool ditangguhkan.”
Fans protesting on the pitch at Old Trafford. pic.twitter.com/ocfy5uGy4A
— Stretford Paddock (@StretfordPaddck) May 2, 2021
“Ini adalah keputusan kolektif dari polis, kedua-dua kelab, Liga Perdana dan pihak berkuasa tempatan.”
“Keselamatan dan keselamatan semua orang di Old Trafford tetap mustahak.”
“Kami memahami dan menghormati perasaan kuat daripada penyokong, tetapi mengutuk semua tindakan keganasan, kerosakan jenayah dan pelanggaran, terutamanya memandangkan berlaku pelanggaran [SOP] COVID-19 dan yang berkaitan.”
“Peminat mempunyai banyak saluran untuk melontarkan pandangan mereka agar diketahui, tetapi tindakan minoriti yang dilihat pada hari ini tidak mempunyai motif yang jelas.”
“Kami bersimpati dengan polis dan pengawal yang harus menghadapi situasi berbahaya yang semestinya tidak mempunyai tempat dalam bola sepak.”
“Penyusunan semula jadual perlawanan akan diumumkan nanti.”
Protes ke atas Glazers semakin panas selepas penyokong marah dengan tindakan pengurusan tertinggi merancang untuk menyertai ESL.
Penyokong kemudian meminta pemilikan 50+1 seperti Bundesliga.
Baca juga perkembangan lain
‘Sayang United, Bencikan Glazers’: Kisah Panjang Kebencian Penyokong United Kepada Pemilik Kelab
Ed Woodward ‘Resign’ Kerana Tak Sokong Glazers Mahu Sertai ESL? Ini Sebenarnya Berlaku
Perez Ingatkan 12 Pasukan ESL Tak Boleh Tarik Diri Kerana Terikat Dengan Kontrak