Masa depan Lionel Messi bersama Barcelona terus menjadi topik hangat.

Barcelona berkeras mahukan €700 juta daripada mana mana pasukan yang mahukan Lionel Messi.

La Liga turut mengesahkan bahawa Barca berhak mendapat €700 juta dan bukannya melihat Messi pergi secara percuma.

La Liga ‘Back Up’ Barcelona Dan Minta Messi Tebus €700 Juta Bukannya Pergi Percuma

Ini kerana menurut mereka klausa khas untuk Messi pergi percuma hanya terpakai pada bulan Jun setiap musim selepas Messi berusia 32 tahun ke atas.

Lantas, sebuah kelab penyokong di Jerman iaitu penyokong VFB Stuttgart melancarkan tabung khas menerusi Go Fund Me, untuk membawa masuk Messi ke kelab mereka.

Tim Artmann adalah pencetus kepada idea ini. Sasaran mereka adalah €900 juta, kira kira €200 juta lebih tinggi daripada angka diminta Barcelona.

Dan selepas 5 hari tabung itu dilancarkan, mereka berjaya meraih €262 (£234). Ianya hanya 0.000029 peratus daripada sasaran mereka.

Artmann menyatakan wang tersebut jika tidak mencapai sasaran €900 juta, maka kesemua wang derma itu akan disumbangkan kepada kebajikan air di Jerman iaitu Viva Con Agua.

Daripada perkara kelakar, ramai mulai kagum dengan usaha Artmann itu.

Beliau sebenarnya memang tahu mustahil untuk mendapatkan Messi ke kelab mereka.

Namun dengan menggunakan hype yang ada pada nama Messi, beliau telah memberikan kesedaran yang tinggi dan publisiti percuma kepada kempen kebajikannya

Kira kira beberapa jam selepas Daily Mail melaporkan tabung itu, kutipannya meningkat kepada angka lebih €400.

Dalam indeks carian google, selepas Messi diberitakan menghantar faks memohon pindah, namanya mengatasi cari koronavirus di google. Punyalah hebat penangan Lionel Messi.

EgWn3iIWAAMbati

Dan selepas beberapa media termasuk Talksports dan Daily Mail menceritakan hal tabung ini, kutipan Artmann melonjak lebih €1,000 dalam masa 24 jam.

Screen-Shot-2020-08-31-at-14.45.36

Baca juga perkembangan lain dari Eropah

Braithwaite Mahu Jersi No.10 Jika Messi Pergi

Penyerang Antarabangsa Poland, Lewandowski Mahu Klaim Ballon d’Or Musim Ini

Barcelona Mahu Sadio Mane Ganti Messi Jika Pemain Itu Pergi