La Liga hari ini memuatnaik status yang mengesahkan bahawa Barcelona berhak meminta €700 juta daripada Messi ataupun pasukan yang mahukan pemain itu sebagai klausa pelepasan.

Sebelum ini Messi menghantar permohonan menerusi Faks – meminta dilepaskan secara percuma.

Ini kerana ada klausa khas dalam kontrak Messi yang membenarkan Messi pergi pada akhir musim selepas beliau berusia 32 tahun.

Dan selepas musim berakhir, Messi mahu menebus kontrak itu. Tetapi Barcelona pula menyatakan klausa pergi percuma itu hanya sah dan terpakai untuk ditebus pada Jun – bulan biasa musim berakhir.

Messi pula merasakan, beliau berhak menebus kontrak itu pada Ogos 2020 kerana berlaku perubahan pada jadual bola sepak di Eropah kerana koronavirus.

La Liga tampil menegaskan bahawa Messi perlu menebus €700 juta untuk beliau pergi meninggalkan Barcelona.

Menurut La Liga, hanya itu sahaja untuk melihat Messi keluar daripada Barcelona pada ketika ini.

Lionel Messi dikatakan sudah tidak yakin dengan projek di Barcelona selepas berlaku terlalu banyak konflik dalam beberapa musim ini.

Beliau mahu mencari angin baharu di dalam kariernya. Tetapi Barca enggan melepaskan kapten legenda mereka itu.

Manchester City masih menunggu kedatangan Lionel Messi untuk menggabungkan semula pemain itu dengan Pep Guardiola.

Baca juga perkembangan lain dari Eropah

Braithwaite Mahu Jersi No.10 Jika Messi Pergi

Penyerang Antarabangsa Poland, Lewandowski Mahu Klaim Ballon d’Or Musim Ini

Barcelona Mahu Sadio Mane Ganti Messi Jika Pemain Itu Pergi