Penyerang Bayern Munich, Robert Lewandowski mendakwa dia berhak memenangi Ballon d’Or 2020. Malangnya, anugerah berprestij ini dibatalkan untuk tahun 2020 kerana wabak virus koronavirus.

Robert Lewandowski menikmati musim yang sangat baik pada 2019/2020. Dia mnegetuai serangan Bayern Munich untuk memenangi treble dengan memenangi Bundesliga, DFB Pokal dan Liga Juara-Juara.

Beliau juga menjadi penjaring terbanyak dalam 3 pertandingan berbeza.

Pemain antarabangsa Poland itu menjaringkan 55 gol dalam semua pertandingan, 15 daripadanya adalah dari pentas Liga Juara-Juara.

Lewandowski mempunyai statistik yang sangat meyakinkan untuk memenangi anugerah Ballon d’Or. Malangnya, beliau tidak dapat memperoleh penghargaan yang sepatutnya.

Menurut pihak penganjur, France Football, sebab utama pembatalan penganugerahan adalah kerana ketidakseimbangan pertandingan. Terdapat beberapa pertandingan di Eropah yang tamat awal.

Selaku anugerah berpangkalan di Perancis tidak mustahil kerana Ligue 1 ditamatkan awal menjadi antara pertimbangan mereka.

Dalam temu bual dengan media Poland, Sportowe Facty, Robert Lewandowski ditanya siapa yang harus memenangi Ballon d’Or 2020. Dia menjawab ringkas. “Saya,” katanya dengan tegas.

bayern ucl

Hujah beliau adalah, pasukannya memenangi kesemua piala yang mereka ikut bertanding musim ini. Dan beliau menjadi penjaring terbanyak UCL, Bundesliga dan Piala DFB.

“Kami memenangi semua yang kami sertai dengan Bayern. Dalam setiap pertandingan: Bundesliga, DFP Pokal dan Liga Juara-Juara, saya adalah penjaring terbanyak,” kata Lewandowski.

“Saya faham bahawa tekanan dari pihak lain terhadap pemain lain mungkin lebih besar.”

“Tetapi, tidak setiap pemain bola akan memenangi Ballon d’Or dapat melakukan apa yang saya lakukan, bukan?” tambah Lewandowski.

Baca juga perkembangan lain

Statistik Ini Membuktikan Lewandowski Selayaknya Mendapat Ballon d’Or

Bayern Ke Final Lawan PSG, Gnabry-Lewandowski Pecah Rekod Bale-Ronaldo

Lewandowski Lepasi Angka 50 Gol